iklan

Kisah Semalam

Semalam (25.8.2009) aku cam biasa aku pergi ke pusat dialisis. Cuci darah. Mengantuk giler. Sempat jugalah aku tertidur sejam. Habis dialisi aku ke bazar ramadhan Putrajaya. Nak cari lauk berbuka puasalah konon-kononnya. Memandangkan cuaca yang terlalu panas dan aku pun tak larat nak redah tempat tu (ramai sangat orang) makanya aku pun bercadang untuk beli lauk kat satu gerai yang ada jual daging masak kicap. Cam sedap jerk.... Aku pun belilah sikit lauk tu. Kang kempunan lak kalau tak beli.
Waktu berbuka tu, dengan lahapnya aku melantak daging tu dan tetiba aku terpandang satu tulang. Tulang yang tak pernah jumpa pada daging lembu . Rupanya daging masak kicap yang aku makan tu daging kambing. Werk.... nak muntah rasanya. Tapi nak wat cam ner. Dah takdir aku makan daging kambing. Akibatnya malam tu tak leh tidur lah sebab sakit kepala. Tobat nasuha aku lepas ni tak mau dah makan daging.

Mama Oh Mama

Mama....

Orang yang tidak asing lagi dalam hidup aku. Orang yang telah membesarkan dan memberi didikan kepadaku. Orang yang paling aku sayang dalam hidupku melebihi segala-galanya. Terima kasih mama sebab melahirkan Jajarkan ke Kananaku. Terima kasih atas segala-galanya. Ketika aku sakit dan terlantar di hospital mamalah yang menjagaku di hospital dari pagi sehingga petang. Sedih hatiku bila melihat pengorbanan mama yang terlalu banyak buat diriku. Sepatutnya akulah yang harus menjaga dan merawat mama. Maafkan aku mama kerana tak mampu untuk berbuat demikian. Aku tidak bermaksud untuk menyusahkan mama. Mama sanggup menaiki teksi dari Kuala Lumpur ke Hospital Serdang demi menjenguk dan membawa makanan untuk aku di hospital. Sehinggakan jari-jari kaki mama habis melepuh luka. Mama tak boleh luka. Kencing manis mama tinggi. Tapi mama tetap tabah. Mama tak pernah merungut. Mama maafkan aku kerana terlalu banyak menyusahkan mama. Sekarang mama kerap sakit. Aku sering berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada mama. Aku tak mahu mama pergi dulu daripada aku. Biarlah tuhan mengambil nyawaku sebelum mama. Aku tidak mahu kehilangan satu-satunya orang dalam dunia yang paling aku sayang. Aku mahu melihat mama hidup senang dan sentiasa sihat. Mama aku terlalu menyayangimu......

Di dalam pesawat untuk ke Kuching, Sarawak

Bersama-sama mama di Matang Wildlife Centre, Kuching


Di Safari Melaka




Mati hidup semula

Kehidupan ini kekadang di atas kekadang di bawah. Macam aku gak lah dulu sihat tapi tetiba je dokter kata aku menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir. Macam nak runtuh dunia ni bila aku dengar. Kenapa aku dan bukannya orang lain. Hancur rasa hati. Aku asyik menangis siang malam. Keje pun tak nak pergi. Family aku bawa pergi berubat secara tradisional. Ingatkan boleh sembuh tapi makin teruk plak. Hum.... sedih sangat sampai satu tahap aku rasa nak suruh mak aku bacakan yasin kat aku. Korang bayangkanlah aku nak makan tak leh, Minum pun tak leh. Bila makan atau minum sikit jer muntah. Kepala ni rasa macam nak pecah sakitnya. Pas tu nak berjalan selangkah pun tak larat. Tak leh nak bernyawa rasanya. paru-paru aku penuh ngan air. Kalau badan aku yang bengkak ni tak taulah nak cakap. Pas tu masuk spital kena tebuk sana sini sampai satu tahap aku masuk icu sebab pendarahan dalaman. Tapi sekarang oklah sikit sebab dah buat dialisis. Badan pun makin sihat. Alhamdulillah... Tuhan masih sayangkan aku. Tima kasih pada family aku sebab banyak bagi sokongan kat aku.

Saat mendebarkan.... kena cucuk jarum. Sakit!!!!


Baru selesai satu jarum lagi satu jarum menanti....

Tengah cuci darah. Kena tunggu 4 jam baru selesai. Nak balik rumah