iklan

KEHIDUPAN

Dah lama tak update blog. Tahun baru ni aku nak mulakan balik blog yang dah lama terhenti. Bukan apa, aku ni sejak dua menjak ni asyik teringatkan kisah waktu aku masih bersekolah. Waktu zaman kanak-kanak. Waktu tu hidup aku memang susah. Abah kerja askar. Mama pulak tak bekerja. Suri rumah jer. Waktu tu gaji askar jangan kiralah. Ciput bebenor. Tapi yang bestnya abah selalu bawa balik susu serbuk (dalam paket warna hijo) ngan oren serbuk+ gula (pun dalam paket kaler hijo). Dia amik kat maner pun aku tak tau. Tapi aku rasalah benda-benda tu orang bawa waktu nak masuk hutan. Sesiapa yang bapak dia pernah jadi askar mesti tau. Waktu tu mesti kita orang berebut ngan adik beradik aku. Pelahap bebenor. Maklumlah orang susahkan. (hehehehe). Pas tu kadang-kadang abah bawak balik kapur. (yang untuk tulis kat papan hitam). Habislah dinding ngan pintu rumah kami kerjakan. Maklumlah kat sekolah kita boleh tengok cikgu menulis kat papan hitam jer kan. Ha... kat rumah sendiri kita boleh jadi cikgu walaupun.... Kalau bab pakaian plak jangan haraplah nak rasa pakai baju yang dibeli kat kedai tu memang susahlah. Sebabnya mama akan jahit semua baju anak-anak dia. Tapi baju anak perempuan dia ajerlah. Baju skirt biru (pinafore) tu pun dia jahit gak. Kalau taim raya tu aku ngan along baju mesti sama. Cuma kaler jer yang lain sket. Kiranya kita orang ni macam kembar tak seiras gitu. Kelakar plak bila diingat balik. Walaupun hidup susah tapi seronok sangat. Yelah waktu zaman bebudak tu manalah tau rasa susah. Yang tau cuma seronok ajer. Tak pernah pun pikir kesusahan mama ngan abah. Bila dah dewasa ni barulah tau erti sebenar kehidupan. Walaupun sesusah mana pun mama ngan abah, walaupun mereka tak ada duit, walaupun mereka tak ada apa-apa untuk dimakan tapi demi anak-anak, mereka sanggup buat apa sahaja demi melihat senyuman atau kegembiraan pada wajah kami. Buat mama dan abah terima kasih untuk segala-galanya. Adik sayang mama dan abah. Mmmmmuahhhhhh.............