iklan

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama


Klik Banner Untuk Join

Pengalaman Puasa saya semasa berumur 6 tahun. Waktu tu saya masih bersekolah di sebuah Tadika di Kelantan. Yang Kelakarnya saya sebut puasa tu dengan perkataan kuasa. Kalau ada orang yang tegur  kata "bukan kuasa, tapi puasa",  saya pasti akan marah balik orang tu sebab bagi saya sebutan kuasa tu adalah yang betul. Pada waktu makan saya akan keluar dari kelas sebab tak mau join kawan-kawan makan. Maklumlah... orang tengah 'kuasa' kan. Bila Cikgu suruh saya makan saya akan katakan pada Cikgu yang saya 'kuasa'. Cikgu-cikgu saya tu mungkin rasa pelik. Apa yang 'kuasanya'? Kemudian Cikgu tanya puasa ke? Apa lagi, dengan marahnya saya berkata "tak lah cikgu, saya kuasa. Tak boleh makan"! Sampai cikgu tak boleh nak kata apa-apa. Yelah bila suruh makan kata kuasa. Bila tanya puasa saya kata kuasa. 

Kuih raya pertama saya buat masa dah berumur 19 tahun. Sebelum tu saya memang tak pernah buat kuih. Dulu waktu kecik-kecik nak tolong arwah mama buat kuih dia tak pernah nak bagi. So bila dah besar buat kuih tengok resipi jer. Sangat excited ok nak buat kuih. Bila dah siap adun dan bakar, tadaaaaaa...... biskut saya sangat besar dari biasa. BESAR ok.... Nak tak nak terpaksalah simpan kuih tu untuk raya. Bila orang tanya siapa yang buat kuih tu saya diam jelah. Malu tau. Itulah pengalaman puasa dan kuih raya pertama saya.


Kebaikan menyertai segmen:

1.      Menggalakkan blogwalking sesama peserta bagi menambah kenalan blogger dan rapatkan lagi ukhwah.

2.      Total 30 Blog (dipilih secara rawak) akan di link di sini selama 3 bulan mengikut kategori (bermula dari hari pengumuman).

3.      Akan mendapat Hadiah misteri berupa tshirt atau kemeja untuk wanita atau lelaki yang mempunyai referral tertinggi ke blog Macam² Ann untuk kategori Bonus.

4 ulasan:

  1. Hehehe.. Tersenyum sorang2 mummy baca pengalaman Suziana nie. Pengalaman manizz.

    Terima kasih kerana sudi join. Salam perkenalan juger dari mummy.. Jom terus berblogwalking beramai2.. dan Selamat ber'kuasa' juger. ~wink~

    BalasPadam
  2. kuasa pun kuasa lah. ahaha
    besar2 lagi untung, org makan satu dah kenyang,,

    BalasPadam
  3. singgah dari segmen yang sama, baca cerita rakan se segmen... selamat hari raya

    BalasPadam
  4. Eira datang beraya..
    teruskan mencuba kuih raya..
    good luck..
    http://eiraaikawa.blogspot.com/2014/07/segmen-puasa-kueh-raya-pertama.html

    BalasPadam