iklan

7 lelaki dibunuh dengan kejam

Mexico: Foto mengejutkan ini menunjukkan bagaimana mayat tujuh lelaki yang ditemui atas kerusi plastik ditembak di kepala dengan mesej ancaman dipaku pada dada mereka menggunakan alat pemecah ais.

Satu pelekat pada satu mayat berkenaan yang ditemui pagi semalam di Uruapan, negeri Michoacan berbunyi: “Amaran! Inilah yang berlaku kepada pencuri, penculik, penyerang seks dan pemeras ugut.” Tujuh mayat yang mempunyai kesan kecederaan ditembak didudukkan di atas kerusi dekat bulatan jalan raya, kata pihak berkuasa tempatan. Pejabat pendakwa raya tidak memberikan motif pembunuhan itu.

Mayat berkenaan ditemui dengan kaki dan tangan terikat di luar kilang air minuman Pepsi. Kumpulan lelaki terbabit dipercayai berusia antara 15 hingga 40 tahun. Mayat ditemui kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan. Sementara itu, tujuh lagi orang dibunuh di bandar berjiran Guerrero, Mereka terdiri daripada empat orang awam dan tiga ejen persekutuan yang bercuti daripada bertugas.

Tiga ejen itu dikejar oleh kumpulan lelaki bersenjata ketika berjalan menuju ke sebuah bank dan dibunuh selepas cuba berlindung di hotel berhampiran, kata polis.

Kedua-dua negeri di pantai barat Mexico itu menyaksikan peningkatan keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ekoran kegiatan kartel dadah. Kira-kira 70,000 orang terbunuh dalam kejadian keganasan dikaitkan dengan dadah di Mexico sejak tujuh tahun lalu.
President Enrique Pena Nieto yang mula memerintah Disember lalu berikrar membendung keganasan yang mencemar imej negara itu sebagai destinasi pelancongan dan menghalang kehadiran pelabur asing. - Agensi

MAYAT tujuh lelaki yang dibunuh dengan kejam diletakkan di atas kerusi plastik.

‘Meme’ tanda lapar

Seremban: Perasaan hiba dan gembira jelas kelihatan di wajah jururawat wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) yang mengiringi remaja kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, untuk dibawa keluar, semalam.
Sebaik remaja terbabit menaiki van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di lobi utama hospital, rata-rata jururawat memeluk dan mencium serta merakam gambar terakhir bersamanya.

Perasaan kasih terpancar kerana merekalah yang menguruskan Muhammad Firdaus apabila dia dimasukkan ke wad sejak 21 Jun lalu dalam keadaan tidak terurus dengan berat badan hanya 14 kilogram (kg), namun kini mencapai 22 kg. Ketua Jabatan Dietetik HJT Dr Basmawati Baharom berkata, Firdaus kini lebih sihat dan suka makan.

“Muhammad Firdaus suka makan apa saja tetapi dia tidak suka mengunyah, jadi kami memberinya makanan lembut dan sayur-sayuran. “Walaupun Muhammad Firdaus tidak boleh bercakap, dia mempunyai cara sendiri untuk memberitahu kami sekiranya dia lapar dengan menyebut ‘meme’ berulang kali sehingga dia diberi makan,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.
MUHAMMAD Firdaus dibawa pegawai JKM ke mahkamah untuk mendapat perintah jagaan sementara. 

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama


Klik Banner Untuk Join

Pengalaman Puasa saya semasa berumur 6 tahun. Waktu tu saya masih bersekolah di sebuah Tadika di Kelantan. Yang Kelakarnya saya sebut puasa tu dengan perkataan kuasa. Kalau ada orang yang tegur  kata "bukan kuasa, tapi puasa",  saya pasti akan marah balik orang tu sebab bagi saya sebutan kuasa tu adalah yang betul. Pada waktu makan saya akan keluar dari kelas sebab tak mau join kawan-kawan makan. Maklumlah... orang tengah 'kuasa' kan. Bila Cikgu suruh saya makan saya akan katakan pada Cikgu yang saya 'kuasa'. Cikgu-cikgu saya tu mungkin rasa pelik. Apa yang 'kuasanya'? Kemudian Cikgu tanya puasa ke? Apa lagi, dengan marahnya saya berkata "tak lah cikgu, saya kuasa. Tak boleh makan"! Sampai cikgu tak boleh nak kata apa-apa. Yelah bila suruh makan kata kuasa. Bila tanya puasa saya kata kuasa. 

Kuih raya pertama saya buat masa dah berumur 19 tahun. Sebelum tu saya memang tak pernah buat kuih. Dulu waktu kecik-kecik nak tolong arwah mama buat kuih dia tak pernah nak bagi. So bila dah besar buat kuih tengok resipi jer. Sangat excited ok nak buat kuih. Bila dah siap adun dan bakar, tadaaaaaa...... biskut saya sangat besar dari biasa. BESAR ok.... Nak tak nak terpaksalah simpan kuih tu untuk raya. Bila orang tanya siapa yang buat kuih tu saya diam jelah. Malu tau. Itulah pengalaman puasa dan kuih raya pertama saya.


Kebaikan menyertai segmen:

1.      Menggalakkan blogwalking sesama peserta bagi menambah kenalan blogger dan rapatkan lagi ukhwah.

2.      Total 30 Blog (dipilih secara rawak) akan di link di sini selama 3 bulan mengikut kategori (bermula dari hari pengumuman).

3.      Akan mendapat Hadiah misteri berupa tshirt atau kemeja untuk wanita atau lelaki yang mempunyai referral tertinggi ke blog Macam² Ann untuk kategori Bonus.

Rindu Awak 200%


Nak cerita sikit pasal drama Rindu Awak 200%. Siapa yer pelakon dia? Saya tak berapa nak kenal. Yang kenal pun Cuma si Zul yang amat saya tak suka. Tapi bila dah tengok citer tu best gak. Tak sabar nak tengok episod seterusnya. Jadi ke tidak dia kawin, Bahagia ke tidak, masih kebudak-budakan ke perempuan tu... Apa-apa pun tunggu jelah drama tu setiap isnin hingga khamis jam 7.00 malam.
Ximhungwe (Afrika Selatan): Sanele Masilela, murid berusia sembilan tahun, menjadi pengantin lelaki paling muda di dunia sekali lagi selepas berkahwin untuk kali kedua dengan wanita berusia 62 tahun minggu lalu. Mereka pernah berkahwin kali pertama tahun lalu.

Dengan berpakaian tuxedo, Sanele menggengam tangan ibu lima anak, Helen Shabangu, ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan yang dibuat tahun lalu di depan 100 tetamu. Murid sekolah itu berkata, dia mengadakan majlis itu sekali lagi kerana mahu menjadikan perkahwinannya rasmi.
Bagaimanapun, sebahagian penduduk kampung di Ximhungwe, daerah di Mpumalanga, Afrika Selatan, menyifatkannya sebagai ‘meloyakan.’ Majlis itu diadakan di depan suami Helen, Alfred Shabangu, 66, yang turut hadir pada majlis yang diadakan tahun lalu.

Alfred berkata: “Anak saya gembira kerana kami tidak mempunyai masalah dengan isteri saya berkahwin dengan budak itu. Dan saya tidak peduli apa orang lain kata.” Kedua-dua keluarga mendakwa perkahwinan itu hanya satu lagi ritual selepas Sanele kononnya didatangi roh nenek moyang bapanya yang memberitahunya supaya berkahwin tahun lalu.
Ibu bapanya memberi hantaran RM2,500 kepada pengantin perempuan dan RM5,000 lagi untuk mengadakan majlis tahun lalu.
Murid berkenaan, anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia mengadakan satu lagi majlis kerana mahukan perkahwinannya dibuat secara rasmi mengikut tradisi masyarakat setempat.

“Saya gembira berkahwin dengan Helen. Tetapi saya tetap akan meneruskan sekolah saya. Apabila dewasa kelak, saya akan mengahwini wanita seusia saya.
“Saya gembira memilih Helen kerana saya cintakannya. Walapun kami tidak sentiasa tinggal bersama, kami sering bertemu di tempat pelupusan sampah, tempat ibu dan dia bekerja,” kata Sanele.

Helen yang mengenakan pakaian serupa yang dipakainya pada majlis tahun lalu berkata: “Saya gembira dipilih oleh Saneie dan keluarga saya menyokong dan memahami apa yang berlaku. Ini hanya untuk membuat nenek moyang kami gembira.


“Tak ada yang lain berlaku.” Ibu Sanele, Patience Masilela, 47, berkata, anaknya gembira dengan majlis tahun lalu dan mahukan majlis itu diadakan sekali lagi. “Dia tidak malu, malah gembira dapat berkahwin dengan Helen. Kami bimbang jika tidak mereka tidak berkahwin, keluarga kami akan ditimpa masalah,” katanya. - AFP

Azab 4 tahun berakhir

Beijing: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 15 kilogram dari perutnya.

Han Bingbing yang berasal dari Heilongjiang, timur laut China, menjalani pembedahan itu yang mengambil masa selama lapan jam baru-baru ini.
Ketumbuhan itu membesar sehingga sebesar dua bola sepak sejak empat tahun lalu.

Sehingga 18 Jun lalu, ia memenui lima perenam daripada perut Han, menyebabkan organ dalamannya gagal berfungsi secara berperingkat-peringkat.

Nasib menyebelahi Han apabila Perbadanan Penjagaan Kesihatan Xukecheng berjaya mengumpul dana yang sama jumlah dengan RM60,000 untuk membantu membiayai pembedahan berkenaan.

Han disahkan menghidap penyakit ovarian teratoma sejak 2009.
Sejak itu hutang keluarganya menimbun selepas merusaha berusaha menanggung rawatan perubatan murid itu.

Tidak ramai doktor yang yakin dia akan selamat.

Beberapa klinik enggan merawatnya sehingga keluarganya mengetahui mengenai sebuah hospital di Guangzhou, selatan China, kira-kira 4,000 kilometer dari kediaman mereka. - Agensi

KEADAAN Han sebelum dibedah.

DUA tumor yang dikeluarkan dari perut Han.

HAN selepas menjalani pembedahan ketumbuhan sebesar dua bola sepak.


Segmen KAD RAYA BERSAMA AIZU


Klik Banner Untuk Join

Tamat pada 17 Julai 2014

Mama...

Hari ni saya tak tau kenapa saya asyik teringatkan mama. Setiap detik dan saat wajah mama terbayang-bayang dalam fikiran saya. Saya teringat waktu saya melihat jenazah mama. Tak percaya yang mama telah meninggalkam kami. Rupa-rupanya dah genap sebulan mama pergi meninggalkan kami. Mama... Orang yang paling rapat dengan saya. Saya betul-betul merasai kehilangan seorang kawan baik dan ibu yang penyayang. Mama... mama akan sentiasa ada di hati saya. Tak pernah sekali pun saya lupa mama sebab saya sayang mama sangat-sangat. Setiap minggu pasti saya akan menziarahi pusara mama. Semoga mama berada di kalangan para Syuhadah dan ditempatkan di Jannah. Al-Fatihah untuk mama.



Mama
Engkaulah ibu engkaulah sahabat
Engkaulah pemberi nasihat, penyelesai masalah
tak pernah sekali pun engkau mengeluh
untuk membantu kami anak-anakmu

Mama
Pemergianmu amat dirasai
Tika kami masih mendambar kasihmu
Engkau pergi untuk selama-lamanya

Mama
Terasa sunyi hidup ini
Hari-hari yang dilalui tidak lengkap tanpamu disisi
Pemergianmu kami tangisi
Terasa kosong hidup ini

Mama
Engkau pergi tanpa ucapan selamat tinggal
Betapa peritnya hati ini terasa
Betapa sedihnya jiwa ini

Mama
Kenangan lalu bermain-main dimata
Ingin kupergi kemasa yang lalu
Untuk hidup bersama mama
Rasanya baru semalam kita bergelak ketawa
Bergurau senda

Mama
Semoga mama tenang di sana
Semoga kita akan berjumpa
Di Sana......

Banglo untuk 10 beranak

Melaka: Simpati dengan nasib Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, yang maut dibelasah bapa kandung dengan kayu selepas menyatakan hasrat mahu mencari pekerjaan bagi menanggung makan minum sembilan adiknya, pelbagai pihak tampil menghulurkan sumbangan kepada keluarga itu.

Terbaru, Pertubuhan Kebajikan Warga Ceria Kuala Lumpur dan Selangor menawarkan bantuan untuk 10 beranak itu tinggal di sebuah banglo pertubuhan itu di Kuala Kubu Baru, Selangor selain membiayai perbelanjaan persekolahan sembilan beradik berkenaan.

Presidennya, Che Maslina Usop, 47, berkata, bantuan itu bagi membantu ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, untuk menjaga sembilan anaknya Muhd Azim, 16; Muhd Azmir, 14; Nurul Aini, 13; Nurul Syafina, 12; Nurul Amira, 10; Nurul Maisara, 8; Nurul Maizati, 7; Nurul Syafika, 5; dan Siti Aishah, 4.

 “Banglo itu pemberian ibu kepada saya dan ia tidak diduduki sejak 2005, malah ibu sebelum ini bercadang menjadikannya rumah anak yatim, pusat tahfiz atau tempat membantu golongan memerlukan.

“Selepas membaca kisah menimpa arwah (Muhamad Hafiz) dan keluarganya, saya serta adik-beradik lain di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini bertekad membantu,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa di Kampung Jawa, di sini, semalam.

Menurutnya, dia bersama kakaknya, Japiah, 50, sanggup datang dari Kuala Lumpur dan mencari rumah inap desa didiami keluarga berkenaan bagi menyatakan hasrat terbabit selain menyerahkan sumbangan keperluan harian.

“Saya mempunyai 12 adik-beradik dan pernah hidup susah kerana ayah dulu bekerja sebagai pemandu lori, jadi kami faham apa yang dialami mereka,” katanya.

Sementara itu, Siti Habibah berkata, tawaran mendiami rumah berkenaan akan dipertimbangkan dan dia akan berbincang terlebih dulu dengan keluarga angkat arwah Muhamad Hafiz sebelum membuat sebarang keputusan.

Selain pertubuhan itu, keluarga malang berkenaan juga menerima kunjungan dan bantuan dari pelbagai pihak yang bersimpati dengan nasib menimpa mereka.
CHE Maslina (empat dari kanan) ketika menziarahi 10 beranak di Kampung Jawa, semalam.

Sumber : hmetro

Ifa Raziah selamat dibedah

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah, 38, selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketulan di kedua-dua belah payudaranya di sebuah hospital swasta di sini, malam semalam.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata, ketulan itu mula dikesan pada 2011 dan dalam tempoh itu dia hanya mendapatkan rawatan biasa di hospital.

“Sebelum ini apabila rasa sakit, saya makan ubat yang diberikan doktor. Kesakitan akibat ketulan itu amat terasa jika saya penat bekerja atau ‘stres’.
“Bagaimanapun, saya terpaksa terus bertahan kerana sibuk dengan aktiviti seni.

“Jika saya melakukan pembedahan, saya memerlukan rehat panjang. Bagaimanapun, saya sering mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor. Namun, kebelakangan ini kesakitan itu semakin kerap menyerang dan saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan pada Ramadan ini,” katanya ketika ditemui di wad hospital berkenaan, di sini, semalam.

Ifa dimasukkan ke hospital kira-kira jam 10 pagi kelmarin dan menjalani pembedahan selama lapan jam malam semalam.

IFA Raziah selepas menjalani pembedahan.

Sumber : hmetro

Resipi nasi tomato serta lauknyer

Resipi ni saya ambil dari blog cdm. Kalau dah gambar pun nampak sedap, apa lagi kalau benda tu kat depan mata. So .... saya rasa macam nak try jer resipi ni. Kalau kawan-kawan nak cuba pun boleh.

Nasi Tomato

Bahan-bahan

1.        2 cawan beras (dibersihkan)
2.        Butter sikit je dalam 2 sudu besar. Boleh juga guna minyak sapi.
3.        Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, bunga pelaga)
4.        Bawang besar 2 biji, bawang putih 2 biji, halia seinci (hiris nipis-nipis je)
5.        Tomato puri (beli yang kecik je dalam 100g)
6.        Susu sejat 200ml (depends lah nak guna boleh tak nak guna pun boleh)

7.        Stock ayam @ kiub ayam dan sedikit garam.

Cara-Cara:

1.        Cairkan butter. Tumis kan rempah tumis. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dan goreng sampai naik bau.
2.        Kecikkan api, tuang tomato puri. Kacau lagi bagi mesraa....Biarkan mendidih kejap then masukkan beras. Kacau rata dalam 2 minit.
3.        Masukkan susu sejat dan kiub ayam. Kemudian masukkan air 2 cawan. Tapi terpulang beras apa yang korang guna yea. Agak-agak lah yea.
4.        Kemudian perasakan lah dengan garam. Kawal api dan biar beras sampai masak.
5.        Dah masak angkat dan hiaslah sesuka hati korang. Nak letak bawang goreng pun boleh. 


Ayam Masak merah

Bahan-bahan
1.        Ayam 400g
2.        Bawang merah 2 biji, bawang putih 3 biji, 1 inci halia (dikisar)
3.        Cili kering 10 biji  dikisar (masak dulu baru blender. Nak kurangkan pedas)
4.        1 batang serai
5.        Garam
6.        Gula
7.        Minyak untuk mengoreng ayam dan bahan tumisan


Cara-Cara

1.        Basuh ayam dan toskan
2.        Gaulkan dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng ayam ¾ masak. Jangan sampai garing tau. Nanti kurang sedap.
3.        Dah masak ketepikan.
4.        Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan yang dikisar. Kacau sehingga cili pecah minyak. Jangan sampai hangit tau. Nanti tak sedap. Kemudian masukkan serai.
5.        Perasakan dengan gula dan garam
6.        Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.
7.        Kalau nak cantik boleh lah letak bawang yang dihiris bulat-bulat. Tapi tak letak pun tak pe.
8.        Siap dan boleh dihidang.


Acar Timun

Bahan-bahan

1 biji timun
1 bji carrot
1 biji bawang besar (dihiris)
Garam
Gula
Sedikit cuka
3 biji cili padi (dipotong kecil)


Cara-cara
Potong timun dan carrot kecil-kecil memanjang. Nak potong bulat-bulat pun boleh.
Gaulkan bersama bawang, cuka, cili padi dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.
Siap dan sedia dihidang.



Tadaaaa.... ini bukan nasi tomato yang saya buat tapi copy paste jer. Nanti bila saya dah buat saya post gambar tu ekkk

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Klik banner untuk join
Tarikh Tutup : 21 Julai 2014

Mangsa pertama putus jari

Kota Bharu : Seorang remaja 14 tahun menjadi mangsa pertama putus jari akibat bermain mercun bersama rakannya di Kampung Gual Periok, Rantau Panjang, Jumaat lalu.

Seperti dijangka, kes putus jari bagaikan peristiwa tahunan setiap kali Ramadan dan kali ini mangsa pertama ialah Mohd Idham Syafiq Mohd Tahir dikejarkan ke Hospital Pasir Mas oleh rakannya sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok itu dikatakan bermain mercun botol bersama rakannya apabila cedera dalam letupan kira-kira 2 petang itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa dikatakan sedang memegang mercun berkenaan ketika ia tiba-tiba meletup.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,"katanya.

MOHD Idham Syafiq menahan kesakitan selepas jarinya terputus akibat bermain mercun. 

Kasih abang sampai mati

Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.

Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri akibat dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.

Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.

Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.

Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.

"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.

"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.

SEORANG daripada sembilan adik mangsa meninjau anggota unit forensik melakukan siasatan ke atas mayat Muhamad Hafiz. FOTO Arifin Salleh.

ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat. 


MUHAMAD Hafiz dikatakan dibelasah bapa hingga mati.