Semalam (25.8.2009) aku cam biasa aku pergi ke pusat dialisis. Cuci darah. Mengantuk giler. Sempat jugalah aku tertidur sejam. Habis dialisi aku ke bazar ramadhan Putrajaya. Nak cari lauk berbuka puasalah konon-kononnya. Memandangkan cuaca yang terlalu panas dan aku pun tak larat nak redah tempat tu (ramai sangat orang) makanya aku pun bercadang untuk beli lauk kat satu gerai yang ada jual daging masak kicap. Cam sedap jerk.... Aku pun belilah sikit lauk tu. Kang kempunan lak kalau tak beli.
Waktu berbuka tu, dengan lahapnya aku melantak daging tu dan tetiba aku terpandang satu tulang. Tulang yang tak pernah jumpa pada daging lembu . Rupanya daging masak kicap yang aku makan tu daging kambing. Werk.... nak muntah rasanya. Tapi nak wat cam ner. Dah takdir aku makan daging kambing. Akibatnya malam tu tak leh tidur lah sebab sakit kepala. Tobat nasuha aku lepas ni tak mau dah makan daging.
aku. Terima kasih atas segala-galanya. Ketika aku sakit dan terlantar di hospital mamalah yang menjagaku di hospital dari pagi sehingga petang. Sedih hatiku bila melihat pengorbanan mama yang terlalu banyak buat diriku. Sepatutnya akulah yang harus menjaga dan merawat mama. Maafkan aku mama kerana tak mampu untuk berbuat demikian. Aku tidak bermaksud untuk menyusahkan mama. Mama sanggup menaiki teksi dari Kuala Lumpur ke Hospital Serdang demi menjenguk dan membawa makanan untuk aku di hospital. Sehinggakan jari-jari kaki mama habis melepuh luka. Mama tak boleh luka. Kencing manis mama tinggi. Tapi mama tetap tabah. Mama tak pernah merungut. Mama maafkan aku kerana terlalu banyak menyusahkan mama. Sekarang mama kerap sakit. Aku sering berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada mama. Aku tak mahu mama pergi dulu daripada aku. Biarlah tuhan mengambil nyawaku sebelum mama. Aku tidak mahu kehilangan satu-satunya orang dalam dunia yang paling aku sayang. Aku mahu melihat mama hidup senang dan sentiasa sihat. Mama aku terlalu menyayangimu......


