Mexico City: Mungkin kerana kemaruk untuk melakukan
selfie, seorang lelaki maut apabila tertembak dirinya sendiri ketika mengambil
gambar dengan selaras senapangnya.
Akhbar Mexico, Proceso melaporkan, Oscar Otero
Aguilar, 21, sebelum itu dipercayai minum arak bersama dua rakannya.
Saksi
yang juga jiran mangsa, Manfredo Paez Paez berkata, dia menghubungi polis
selepas mendengar tembakan dan jeritan.
“Saya
mendengar bunyi tembakan dan orang menjerit kesakitan lalu menghubungi polis.
“Ketika
mereka sampai di situ, Aguilar masih hidup,” katanya.
Aguilar bagaimanapun disahkan mati di tempat kejadian dan mayatnya kini menunggu dibedah siasat, lapor akhbar Excelsior.
Menteri Keselamatan Awam berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai
kemalangan.
Difahamkan, Aguilar mengambil selfie untuk dimuat naik ke Facebook.
Rakan Aguilar, Omar Abner Campor Vives ditahan bagi membantu siasatan manakala seorang lagi dikenali sebagai ‘El Paco’ menghilangkan diri.
Gambar dimuat naik ke Facebook Aguilar sebelum ini banyak menunjukkannya bersama minuman keras serta bergambar di dalam beberapa kereta mewah.

SATU
daripada gambar diambil Aguilar untuk dimuat naik di Facebook.
selfie nye pasal..
BalasPadamdah ajal dia camtu kan..penyebab je tu..
BalasPadam