iklan

1st Giveaway By Melangkau Garisan With Love

Klik banner untuk join


Jom ramai-ramai memeriahkan segmen ini

Dhiya's First Giveaway

Klik banner untuk join

Tempoh kempen: 18 Ogos 2014- 31 Ogos 2014 ( jam 12 tengah malam)

Jom kita sama-sama bagi sokongan pada segmen yang Dhiya anjurkan.

Teka-Teki

Hai uolls. Hari ni saya nak buat teka teki sket. Tapi tak ada hadiahlah. Cuma kalau uolls dapat jawab uolls adalah antara makhluk2 Allah yang sangat pandai dan terror walaupun soklannya tak adalah susah pun. Hiii...hii....hiii...

1.         Besar di Arab kecil di China
            Kakak dapat 2 adik dapat 1
Nak kata ada memang ada
Nak kata tiada pun ada

2.         Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?


3.         Kudapat kakinya, kurapat kakinya, kutunam kakinya.

4.         Pokok atas bukit daun dalam air


Silalah jawab yer.......

Hilang dua anak serentak

Kuala Kangsar: Percutian lima beranak ke sebuah pusat peranginan di Bukit Merah di sini, berakhir tragedi apabila dua daripada mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 231.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran susur Kuala Kangsar, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa, Muhamad Hafeez Hadzry Ismail, 9, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Afrina Nur Jameela Ismail, 6, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Toyota Vios yang dipandu bapa mangsa, Ismail Mohammad Saat, 33, gagal dikawal sehingga terbabas ke kiri jalan.

“Lima beranak dari Kuantan, Pahang itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan mereka di Bukit Merah selepas keluar ke pekan Changkat Jering, dekat sini.

“Bagaimanapun, sebaik melepasi Plaza Tol Changkat Jering, kereta yang dipandu Ismail yang juga pengurus cawangan sebuah syarikat telekomunikasi di Kuantan itu tersalah arah dan ingin membuat pusingan ‘U’ di Plaza Tol Kuala Kangsar. Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri jalan,” katanya.

Menurutnya, kesan rempuhan itu menyebabkan dua anak Ismail tercampak ke luar hingga menyebabkan seorang daripadanya maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

“Kedua-dua mayat dibedah siasat di Hospital Taiping sebelum dituntut keluarga mangsa untuk urusan pengebumian,” katanya.

Ghuzlan berkata, Ismail bersama anak bongsunya,Muhammad Hareez Hafiey, 4, cedera ringan manakala isteri Ismail, Idayu Sulaiman, 31, patah bahu kanan.


SEORANG daripada anak mangsa maut di tempat kejadian.

Sumber : Hmetro

Padah terlalu banyak tindik

Dubai: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai semalam melarang lelaki warga Jerman, Rolf Buchholz, memasuki negara itu, sebaliknya mengarahnya menaiki pesawat untuk pulang dari tempat dia berlepas.
Menurut laporan akhbar Emarat Al Youm, Rolf dihantar semula ke Turki.
Sumber yang dipetik laporan itu menyatakan, muka lelaki itu penuh dengan tindikan, berlubang dan juga mempunyai dua ‘tanduk’ pada dahinya.

“Orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ketakutan melihat penampilannya,” menurut laporan itu.
Buchholz dikatakan datang ke Dubai untuk muncul di satu pertunjukan kelab malam yang mempamerkan orang paling ganjil di dunia.

Dia hadir sebagai orang paling banyak lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh lain - 453 semuanya.

Menurut laporan media, Buchhoz, pengatur cara komputer, menjalani pembedahan plastik besar-besaran untuk mendapatkan penampilan sedemikian.

Dia diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness pada 2012 selaku lelaki paling banyak bertindik di dunia.- Agensi
ROLF miliki 453 lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh.

Sumber : HMETRO

SEGMEN BLOGWALKING BY MOMMYLIZZ


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom kawan-kawan kita meriahkan lagi segmen ni

Biar suami reput di rumah

Lafayette (AS): Seorang balu membiarkan mayat suaminya reput di rumah mereka selama sembilan bulan kerana mendakwa suaminya mahukan mayatnya diperlakukan begitu supaya ia dimakan burung.

Ila Solomon, 54, berdepan tindakan undang-undang selepas mayat suaminya, Gerald Gavan, 88, ditemui di rumah mereka Mei lalu.

Dia baru-baru ini membawa kru berita ke rumah berkenaan dan menunjukkan tempat veteran Perang Dunia Kedua itu mati.

“Saya percaya seseorang yang berkhidmat begitu banyak untuk Amerika Syarikat (AS) perlu menjalani kematian yang diingininya. Dia hanya mahu mayatnya dimakan burung sebagai sebahagian daripada kitaran kehidupan. “Pelan alternatif ialah membiarkan mayatnya di luar supaya burung memakannya di situ. Tetapi, saya tidak melakukan demikian, sebaliknya, membiarkan saja mayatnya di tempat dia mati,” kata Ila.

Menurutnya, dia membiarkan saja pintu rumahnya terbuka dengan harapan burung masuk dan memakan mayat suaminya.

Ila mendakwa mayat itu baru saja disimpan selama lima hari, namun koroner Jabatan Polis Lafayette berkata, ia mungkin sudah disimpan sembilan bulan. Bagaimanapun, punca kematian masih tidak diketahui.

Ila didakwa mengambil wang bantuan suaminya selepas kematian lelaki itu.
Satu wasiat yang kononnya ditulis Gavan meminta mayatnya dimakan burung di India.

Lori terbalik susu tin bertabur

Bentong: Seorang pemandu lori yang mahu menghantar bekalan susu tin ke Kuantan tersepit hampir satu jam sejurus lori dipandu terbabas dan terbalik di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identiti berusia lingkungan 40-an cuba dibantu orang ramai yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Mangsa dipercayai memandu laju sebelum lori berkenaan hilang kawalan sebaik tiba di laluan berselekoh di kawasan berkenaan.
Jurucakap polis berkata, kejadian itu disedari orang awam yang secara kebetulan ternampak beberapa susu tin bertaburan di atas lebuh raya.

“Berikutan itu mereka berhenti di tepi jalan untuk melakukan pemeriksaan sebelum terkejut menemui mangsa tersepit di dalam lori.

“Mangsa dikeluarkan orang awam dari dalam lori sebelum dikejarkan ke Hospital Bentong (HB) untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di kepala dan badan,” katanya.
Susulan kejadian itu orang ramai mengambil kesempatan mengutip ribuan stok susu tin tanpa menghiraukan amaran diberikan.

“Polis akan bertemu dengan mangsa yang masih mendapatkan rawatan di HB untuk merekodkan keterangan berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Ribuan susu tin bertaburan selepas lori terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Pesta Kanibal Pembunuhan dan Memakan Gadis

TAOTAUAJER - Pada awal bulan yang lepas saya ada memaparkan gambar-gambar tentang OMG gempar | Gadis 20 tahun di bunuh kejam. Rupa-rupanya ia bukan lah sekadar pembunuhan dan dimakan, rupa-rupanya lebih teruk.

Dimana di sebuah desa terpencil di negara China, setiap tahun mereka akan malakukan pesta pemotongan 'daging' secara besar-besaran. Kerana bagi mereka, 'daging' merupakan makanan mewah dan susah didapati. Sehingga mereka hanya boleh memakannya sekali sahaja setiap tahun dan hanya pada hari perayaan tersebut.

Ceritanya bagai mana gadis2 ini didapati, apa bila seseorang itu ingin ke salah satu tempat di china, yang bakal melalui desa tersebut dan kebiasaannya akan ada yang menumpang dan menginap di rumah warga desa tersebut. Jika mereka menemukan pengunjung wanita, mereka akan menangkap si wanita tersebut dan diikat dan dilarang keluar dari rumah. Si wanita tersebut akan diberi makan dan tempat tinggal yang disediakan oleh warga desa tersebut.

Ketika menjelang perayaan, wanita tersebut akan dibunuh dan badannya akan dijadikan DAGING PERSEMBAHAN oleh warga mereka ini. Wanita yang telah diculik oleh warga akan dicuci bersih terdahulu hingga dicabut seluruh bulu badannya.

Apabila hari perayaan maka, gadis-gadis ini akan disembelih dan di lapah seperti gambar-gambar ini. Makanya setiap tahun akan ada gadis yang akan dikorbankan. Masyallah~
Wanita atas ini pada saat akan dipotong, dia hanya menangis tanpa teriak. Kerana dia telah tau takde org yang akan menyelamatkan dirinya. Wanita tersebut akan dipotong lehernya dahulu supaya berhenti bernafas.

Kemudian wanita itu di telanjang dan kaki tangannya diikat ketat dan dibawa ke tempat persembahan mereka, kemudian baru akan dijalankan upacara pemotongan.

Daging dilapah untuk dimasak

Kepada gadis-gadis di luar sana jadikan ini sebagai pengajaran untuk anda semua lebih berhati2

Sumber : apesal.com

Terima kasih


Assalamualaikum uolls. Saya nak berterima kasih banyak-banyak pada blogger-blogger yang banyak memberi support kepada blog saya. Jasa baik uolls tidak akan saya lupakan. Bak kata pepatah :

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas.

Cewahhhhh...
Harap-harap lepas ni uolls akan meneruskan untuk support blog saya. Jangan lupa jugak untuk mengelik iklan yang ada yer.... Kalau ada masa bolehlah uolls2 kat luar sana bertandang ke blog mereka ni. Sama-samalah kita tandang bertandang okey!!  Mekacih

Segmen : Blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah


Sila klik banner kalau nak join

Marilah kita together-gether menyaport segmen ni kerana terlalu mudah untuk menyertainya...

Senyum Kambing

Samad :    hello mcD
mcD      :    iye... nak apa?
Samad :    ayam ada?
mcD      :    ade
Samad :    boleh lawan dengan ayam laga saya tak?
mcD      :    (tutup telefon)

Samad :    hello mcD
mcD      :    iye betul ... ini yang telefon tadi ye?!!!
Samad :    nak tanye makanan ni ... ayam ade lagi?
mcD      :    ade!
Samad :    nasi dengan ais-krim ade?
mcD      :    masih ade
Samad :    kesian.. tak laku ek?
mcD      :    dasar orang giler !!! (tutup telefon)

Samad :    hello mcD
mcD      :    weyh gile! Kau jangan nak main-main boleh tak?
Samad :    yeee.. maaf nak tanya, buka 24 jam ke?
mcD      :    yee.. kenapa? Nak pesan pape?
Samad :    takk.. Cume kesian korang ... tak boleh tidur
mcD      :    (baling telefon)

Samad :    hello ini mcD?
mcD      :    kau jangan lebih-lebih (mula marah)
Samad :    maaf.. serius.. sekarang saya nak pesan nii
mcD      :    haa... cam tu laa.. jangan main-main.    nak pesan ape?
Samad :    nak pesan ni. Tutup je la mcD tu. kita orang da boikot. 
                    Staff-staf pun boley try usha ramly burger ade keje kosong 
                    ke tak. Nyiahahaha.....

mcD      :    *&^%$#@!

Mati demi sekeping selfie

Mexico City: Mungkin kerana kemaruk untuk melakukan selfie, seorang lelaki maut apabila tertembak dirinya sendiri ketika mengambil gambar dengan selaras senapangnya.

Akhbar Mexico, Proceso melaporkan, Oscar Otero Aguilar, 21, sebelum itu dipercayai minum arak bersama dua rakannya.

Saksi yang juga jiran mangsa, Manfredo Paez Paez berkata, dia menghubungi polis selepas mendengar tembakan dan jeritan.

“Saya mendengar bunyi tembakan dan orang menjerit kesakitan lalu menghubungi polis.

“Ketika mereka sampai di situ, Aguilar masih hidup,” katanya.

Aguilar bagaimanapun disahkan mati di tempat kejadian dan mayatnya kini menunggu dibedah siasat, lapor akhbar Excelsior.

Menteri Keselamatan Awam berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Difahamkan, Aguilar mengambil selfie untuk dimuat naik ke Facebook.

Rakan Aguilar, Omar Abner Campor Vives ditahan bagi membantu siasatan manakala seorang lagi dikenali sebagai ‘El Paco’ menghilangkan diri.

Gambar dimuat naik ke Facebook Aguilar sebelum ini banyak menunjukkannya bersama minuman keras serta bergambar di dalam beberapa kereta mewah. 

SATU daripada gambar diambil Aguilar untuk dimuat naik di Facebook.

‘Dimasak’ anak sendiri

Beijing: Sepasang warga tua dibunuh oleh anak kandung mereka yang bersekongkol dengan kawannya sebelum mayat mangsa dikerat serta dimasak di dalam ketuhar gelombang mikro.

Pegawai pendakwa Michael Arthur berkata, Henry Chau Hoi-leung, 30, dan rakannya Tse Chun-kei, 36 merancang melakukan pembunuhan itu lebih dari tiga bulan lalu dengan membeli pisau, peti sejuk dan ketuhar gelombang mikro khas untuk tujuan berkenaan.

Selepas ditangkap Chau dan Tse mengaku membunuh Chau Wing-ki, 64, dan isterinya Siu Yuet-yee, 63, pada 1 Mac tahun lalu kerana mereka berasakan “telah bersedia.” Bagaimanapun, di mahkamah semalam kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah. Menerusi rakaman litar tertutup mangsa dilihat kali terakhir memasuki bangunan di Tai Kwok Tsui bersama anak sulung mereka itu.

Tertuduh dilihat keluar bersendirian dari bangunan itu 20 minit kemudian.

Arthur berkata, Henry mungkin melakukan pembunuhan pada waktu itu.


“Pembunuhan ini sangat terancang. “Mereka merangka tindakan itu sejak Januari sebelum melaksanakannya pada 1 Mac,” katanya. Anggota badan pasangan malang yang dikerat itu ditemui di dalam flat berkenaan pada 15 Mac dengan kepala mereka ditemui di dalam dua peti sejuk berasingan.

SUMBER : HMETRO

‘Sukan bogel’ menjijikkan!

Georgetown: Memualkan. Itu gambaran paling tepat buat sekumpulan individu terdiri daripada lelaki dan wanita yang tergamak berbogel sebelum merakamkan aksi mereka yang kononnya menyertai acara Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 di Teluk Bahang, di sini.

Rakaman terbabit dipercayai dilakukan Jun lalu dan menjadi perbualan hangat apabila ia dimuat naik ke laman sosial, semalam menerusi beberapa versi video berdurasi 12 minit, 5 minit 56 saat dan 1 minit 56 saat yang memaparkan aktiviti golongan yang menggelar diri mereka sebagai ‘Nudism’ itu. 

Dalam video berkenaan, ada kira-kira 18 individu membabitkan lelaki dan wanita yang berusia antara 30 dan 50-an dilihat berbogel sambil menjalankan aktiviti sukan di kawasan Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang.

Pelbagai aktiviti dijalankan mereka dalam keadaan berbogel antaranya ‘Nude Body Painting’, ‘Crabs Walking’, ‘Swim Over Bodies’, ‘Running Relay’, ‘Camp Fire and Kettle Bell Competition’ dan ‘Durian Dancing’.
Pada peringkat awal, video tersebut menyiarkan individu terbabit melukis di badan masing-masing termasuk perkataan ‘Go Green’ dan ‘Go Nature’ yang menjadi antara slogan kempen kerajaan negeri Pulau Pinang.

Mereka yang tidak segan silu kelihatan teruja dan terhibur apabila melakukan pelbagai aktiviti bersama pasangan di tepi pantai.

Difahamkan, program sukan bogel itu dianjurkan seorang wanita bernama Madam Chew Tok Hwa lingkungan 50-an dan dalam video berdurasi 12 minit, dia dilihat memberi ucapan kepada peserta ketika berada di Thailand, iaitu selepas program diadakan di Pulau Pinang. 



GELAGAT sekumpulan lelaki dan wanita yang menggelar diri mereka sebagai ‘Nudism’.

SUMBER : HMETRO

Anak Buah Baru

Bertambah lagi anak saudara saya. Dah 7 orang. Tapi sayang mama tak sempat nak tengok cucu dia. Baby boy dengan berat 3.71 kg dan dilahirkan secara normal.



baby dengan papa dia

Nasi Tomato

Hari raya kedua....

Saya bercadang nak masak nasi tomato. Tapi ini kali pertama saya nak mencuba masak. Bahan-bahan semua dah ada. Resipi saya ikut dari blog cikdelimamerah. Saya cuma ejas kuantiti jer. Mula-mula tu saya buat acar dulu. Pas tu baru masak nasiknyer. Berdebar-debar uolsss saya nak memasak ni. Maklumlah orang tak pernah masak tetiba jer nak masak. Alhamdulillah menjadik gak nasi tomato saya ni. Bangga tau dapat masak untuk abah. Last sekali baru buat Ayam masak merah. Bukan ayam yang masak tau tapi saya yang masak ayam tu. Dan hasilnya.... Sangat sedap ayam masak merah saya tu. (Makin kembang lubang hidung saya). Tapi kuahnya kering sikit. Saya suruh along buat kuah lain sebab saya dah nak balik rumah. Sampai kat rumah saya kol abah tanya macam mana along tambah kuah masak merah tu. Korang tau abah cakap apa? Abah kata along buat tak sedap. (hiiii...hiii) So korang tau kan!!! Maknanya saya memang ada bakat memasak. Inilah hasilnya masakan saya yang tak semenggah pinggannya bukan hasilnya.

Cerita nak raya

Nak cerita sikit pasal pengalaman saya beraya tanpa mama. Sebelum ni, kalau nak raya jer cakap ngan arwah nak makan apa semua dia yang masak. Bila dia suruh anak-anak tolong, kami mesti cakap “alah... nantilah”. Last-last arwah mama yang buat semua. Sekarang baru saya menyesal tak sudah. Nak masak pun tak tau.

Nak dijadikan cerita hari Ahad sebelum raya tu, pagi-pagi lagi saya dah keluar beli barang ngan Along. Berapa banyak kedai yang saya pergi pun tak taulah sebab banyak barang yang dah habis. Mana tidaknya, orang pergi beli awal-awal. Kami last minit baru nak cari barang.

Tengah hari baru sampai rumah. Itu pun tak semua barang yang saya nak dapat dibeli. Hajat di hati nak buat rempeyek. Saya pun bancuh bahan-bahan untuk buat rempeyek. Bila goreng tu, alamak.... rempeyek saya jadi macam kuih cucur pulak. Puas dah diejas. Tapi tak jadi-jadi gak. Hmmm... akhirnya tong sampah tempat dia.

Pas tu kerja saya goreng kacang pulak untuk buat kuah kacang. Tapi bukan sayalah yang masak sebab saya tak pandai masak. Nasib baik adik lelaki saya pandai buat kuah kacang. Kalau tak kesian abah tak dapat makan kuah kacang. Dah buat-buat semua kerja tu sampai ke malam saya dah tak larat. Penat. Tapi disebabkan anak sedara nak makan cornflakes madu saya gagahkan jugak. Habis buat cornflakes madu saya cakap ngan abah esok pepagi saya bangun masak rendang.

Pagi raya pukul 5 pagi saya dah bangun. Nak masak rendang konon-kononnya. Bahan-bahan yang nak dikisar semua dah buat malam tu. Saya kejut along suruh tolong masak. Tapi hampeh... dia pun tak tau masak. Apa lagi saya pun google resipi pas tu masak. Haaaahaaahaaa. Akhirnya rendang saya menjadik jugak uolssssss. Kembang kempis lubang hidung saya. Bangga tau. Walaupun rempeyek saya tak jadi, sekurang-kurangnya rendang saya menjadi. (Sambil mendabik dada tanda riak).

7 lelaki dibunuh dengan kejam

Mexico: Foto mengejutkan ini menunjukkan bagaimana mayat tujuh lelaki yang ditemui atas kerusi plastik ditembak di kepala dengan mesej ancaman dipaku pada dada mereka menggunakan alat pemecah ais.

Satu pelekat pada satu mayat berkenaan yang ditemui pagi semalam di Uruapan, negeri Michoacan berbunyi: “Amaran! Inilah yang berlaku kepada pencuri, penculik, penyerang seks dan pemeras ugut.” Tujuh mayat yang mempunyai kesan kecederaan ditembak didudukkan di atas kerusi dekat bulatan jalan raya, kata pihak berkuasa tempatan. Pejabat pendakwa raya tidak memberikan motif pembunuhan itu.

Mayat berkenaan ditemui dengan kaki dan tangan terikat di luar kilang air minuman Pepsi. Kumpulan lelaki terbabit dipercayai berusia antara 15 hingga 40 tahun. Mayat ditemui kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan. Sementara itu, tujuh lagi orang dibunuh di bandar berjiran Guerrero, Mereka terdiri daripada empat orang awam dan tiga ejen persekutuan yang bercuti daripada bertugas.

Tiga ejen itu dikejar oleh kumpulan lelaki bersenjata ketika berjalan menuju ke sebuah bank dan dibunuh selepas cuba berlindung di hotel berhampiran, kata polis.

Kedua-dua negeri di pantai barat Mexico itu menyaksikan peningkatan keganasan sejak beberapa tahun kebelakangan ekoran kegiatan kartel dadah. Kira-kira 70,000 orang terbunuh dalam kejadian keganasan dikaitkan dengan dadah di Mexico sejak tujuh tahun lalu.
President Enrique Pena Nieto yang mula memerintah Disember lalu berikrar membendung keganasan yang mencemar imej negara itu sebagai destinasi pelancongan dan menghalang kehadiran pelabur asing. - Agensi

MAYAT tujuh lelaki yang dibunuh dengan kejam diletakkan di atas kerusi plastik.

‘Meme’ tanda lapar

Seremban: Perasaan hiba dan gembira jelas kelihatan di wajah jururawat wad kanak-kanak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) yang mengiringi remaja kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, untuk dibawa keluar, semalam.
Sebaik remaja terbabit menaiki van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di lobi utama hospital, rata-rata jururawat memeluk dan mencium serta merakam gambar terakhir bersamanya.

Perasaan kasih terpancar kerana merekalah yang menguruskan Muhammad Firdaus apabila dia dimasukkan ke wad sejak 21 Jun lalu dalam keadaan tidak terurus dengan berat badan hanya 14 kilogram (kg), namun kini mencapai 22 kg. Ketua Jabatan Dietetik HJT Dr Basmawati Baharom berkata, Firdaus kini lebih sihat dan suka makan.

“Muhammad Firdaus suka makan apa saja tetapi dia tidak suka mengunyah, jadi kami memberinya makanan lembut dan sayur-sayuran. “Walaupun Muhammad Firdaus tidak boleh bercakap, dia mempunyai cara sendiri untuk memberitahu kami sekiranya dia lapar dengan menyebut ‘meme’ berulang kali sehingga dia diberi makan,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.
MUHAMMAD Firdaus dibawa pegawai JKM ke mahkamah untuk mendapat perintah jagaan sementara. 

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama


Klik Banner Untuk Join

Pengalaman Puasa saya semasa berumur 6 tahun. Waktu tu saya masih bersekolah di sebuah Tadika di Kelantan. Yang Kelakarnya saya sebut puasa tu dengan perkataan kuasa. Kalau ada orang yang tegur  kata "bukan kuasa, tapi puasa",  saya pasti akan marah balik orang tu sebab bagi saya sebutan kuasa tu adalah yang betul. Pada waktu makan saya akan keluar dari kelas sebab tak mau join kawan-kawan makan. Maklumlah... orang tengah 'kuasa' kan. Bila Cikgu suruh saya makan saya akan katakan pada Cikgu yang saya 'kuasa'. Cikgu-cikgu saya tu mungkin rasa pelik. Apa yang 'kuasanya'? Kemudian Cikgu tanya puasa ke? Apa lagi, dengan marahnya saya berkata "tak lah cikgu, saya kuasa. Tak boleh makan"! Sampai cikgu tak boleh nak kata apa-apa. Yelah bila suruh makan kata kuasa. Bila tanya puasa saya kata kuasa. 

Kuih raya pertama saya buat masa dah berumur 19 tahun. Sebelum tu saya memang tak pernah buat kuih. Dulu waktu kecik-kecik nak tolong arwah mama buat kuih dia tak pernah nak bagi. So bila dah besar buat kuih tengok resipi jer. Sangat excited ok nak buat kuih. Bila dah siap adun dan bakar, tadaaaaaa...... biskut saya sangat besar dari biasa. BESAR ok.... Nak tak nak terpaksalah simpan kuih tu untuk raya. Bila orang tanya siapa yang buat kuih tu saya diam jelah. Malu tau. Itulah pengalaman puasa dan kuih raya pertama saya.


Kebaikan menyertai segmen:

1.      Menggalakkan blogwalking sesama peserta bagi menambah kenalan blogger dan rapatkan lagi ukhwah.

2.      Total 30 Blog (dipilih secara rawak) akan di link di sini selama 3 bulan mengikut kategori (bermula dari hari pengumuman).

3.      Akan mendapat Hadiah misteri berupa tshirt atau kemeja untuk wanita atau lelaki yang mempunyai referral tertinggi ke blog Macam² Ann untuk kategori Bonus.

Rindu Awak 200%


Nak cerita sikit pasal drama Rindu Awak 200%. Siapa yer pelakon dia? Saya tak berapa nak kenal. Yang kenal pun Cuma si Zul yang amat saya tak suka. Tapi bila dah tengok citer tu best gak. Tak sabar nak tengok episod seterusnya. Jadi ke tidak dia kawin, Bahagia ke tidak, masih kebudak-budakan ke perempuan tu... Apa-apa pun tunggu jelah drama tu setiap isnin hingga khamis jam 7.00 malam.
Ximhungwe (Afrika Selatan): Sanele Masilela, murid berusia sembilan tahun, menjadi pengantin lelaki paling muda di dunia sekali lagi selepas berkahwin untuk kali kedua dengan wanita berusia 62 tahun minggu lalu. Mereka pernah berkahwin kali pertama tahun lalu.

Dengan berpakaian tuxedo, Sanele menggengam tangan ibu lima anak, Helen Shabangu, ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan yang dibuat tahun lalu di depan 100 tetamu. Murid sekolah itu berkata, dia mengadakan majlis itu sekali lagi kerana mahu menjadikan perkahwinannya rasmi.
Bagaimanapun, sebahagian penduduk kampung di Ximhungwe, daerah di Mpumalanga, Afrika Selatan, menyifatkannya sebagai ‘meloyakan.’ Majlis itu diadakan di depan suami Helen, Alfred Shabangu, 66, yang turut hadir pada majlis yang diadakan tahun lalu.

Alfred berkata: “Anak saya gembira kerana kami tidak mempunyai masalah dengan isteri saya berkahwin dengan budak itu. Dan saya tidak peduli apa orang lain kata.” Kedua-dua keluarga mendakwa perkahwinan itu hanya satu lagi ritual selepas Sanele kononnya didatangi roh nenek moyang bapanya yang memberitahunya supaya berkahwin tahun lalu.
Ibu bapanya memberi hantaran RM2,500 kepada pengantin perempuan dan RM5,000 lagi untuk mengadakan majlis tahun lalu.
Murid berkenaan, anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia mengadakan satu lagi majlis kerana mahukan perkahwinannya dibuat secara rasmi mengikut tradisi masyarakat setempat.

“Saya gembira berkahwin dengan Helen. Tetapi saya tetap akan meneruskan sekolah saya. Apabila dewasa kelak, saya akan mengahwini wanita seusia saya.
“Saya gembira memilih Helen kerana saya cintakannya. Walapun kami tidak sentiasa tinggal bersama, kami sering bertemu di tempat pelupusan sampah, tempat ibu dan dia bekerja,” kata Sanele.

Helen yang mengenakan pakaian serupa yang dipakainya pada majlis tahun lalu berkata: “Saya gembira dipilih oleh Saneie dan keluarga saya menyokong dan memahami apa yang berlaku. Ini hanya untuk membuat nenek moyang kami gembira.


“Tak ada yang lain berlaku.” Ibu Sanele, Patience Masilela, 47, berkata, anaknya gembira dengan majlis tahun lalu dan mahukan majlis itu diadakan sekali lagi. “Dia tidak malu, malah gembira dapat berkahwin dengan Helen. Kami bimbang jika tidak mereka tidak berkahwin, keluarga kami akan ditimpa masalah,” katanya. - AFP

Azab 4 tahun berakhir

Beijing: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berjaya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 15 kilogram dari perutnya.

Han Bingbing yang berasal dari Heilongjiang, timur laut China, menjalani pembedahan itu yang mengambil masa selama lapan jam baru-baru ini.
Ketumbuhan itu membesar sehingga sebesar dua bola sepak sejak empat tahun lalu.

Sehingga 18 Jun lalu, ia memenui lima perenam daripada perut Han, menyebabkan organ dalamannya gagal berfungsi secara berperingkat-peringkat.

Nasib menyebelahi Han apabila Perbadanan Penjagaan Kesihatan Xukecheng berjaya mengumpul dana yang sama jumlah dengan RM60,000 untuk membantu membiayai pembedahan berkenaan.

Han disahkan menghidap penyakit ovarian teratoma sejak 2009.
Sejak itu hutang keluarganya menimbun selepas merusaha berusaha menanggung rawatan perubatan murid itu.

Tidak ramai doktor yang yakin dia akan selamat.

Beberapa klinik enggan merawatnya sehingga keluarganya mengetahui mengenai sebuah hospital di Guangzhou, selatan China, kira-kira 4,000 kilometer dari kediaman mereka. - Agensi

KEADAAN Han sebelum dibedah.

DUA tumor yang dikeluarkan dari perut Han.

HAN selepas menjalani pembedahan ketumbuhan sebesar dua bola sepak.


Segmen KAD RAYA BERSAMA AIZU


Klik Banner Untuk Join

Tamat pada 17 Julai 2014

Mama...

Hari ni saya tak tau kenapa saya asyik teringatkan mama. Setiap detik dan saat wajah mama terbayang-bayang dalam fikiran saya. Saya teringat waktu saya melihat jenazah mama. Tak percaya yang mama telah meninggalkam kami. Rupa-rupanya dah genap sebulan mama pergi meninggalkan kami. Mama... Orang yang paling rapat dengan saya. Saya betul-betul merasai kehilangan seorang kawan baik dan ibu yang penyayang. Mama... mama akan sentiasa ada di hati saya. Tak pernah sekali pun saya lupa mama sebab saya sayang mama sangat-sangat. Setiap minggu pasti saya akan menziarahi pusara mama. Semoga mama berada di kalangan para Syuhadah dan ditempatkan di Jannah. Al-Fatihah untuk mama.



Mama
Engkaulah ibu engkaulah sahabat
Engkaulah pemberi nasihat, penyelesai masalah
tak pernah sekali pun engkau mengeluh
untuk membantu kami anak-anakmu

Mama
Pemergianmu amat dirasai
Tika kami masih mendambar kasihmu
Engkau pergi untuk selama-lamanya

Mama
Terasa sunyi hidup ini
Hari-hari yang dilalui tidak lengkap tanpamu disisi
Pemergianmu kami tangisi
Terasa kosong hidup ini

Mama
Engkau pergi tanpa ucapan selamat tinggal
Betapa peritnya hati ini terasa
Betapa sedihnya jiwa ini

Mama
Kenangan lalu bermain-main dimata
Ingin kupergi kemasa yang lalu
Untuk hidup bersama mama
Rasanya baru semalam kita bergelak ketawa
Bergurau senda

Mama
Semoga mama tenang di sana
Semoga kita akan berjumpa
Di Sana......