iklan

Kursus kat sabah

Dah lama aku tak dapat buka blog. Hari ni baru dapat online. Sebenarnya banyak benda aku nak citer. Tapi bila dah menaip tu aku tak tau nak tulis apa!!!! Buntu batu jemala kepala hotak aku ni. Oklah mula-mula sekali aku nak citer pasal kursus kat sabah ari tu. Aku kena lapor diri kat INTAN pada 9.11.209 tapi aku gi awal. 7hb lagi aku dah berangkat ke sana. Maklumlah excited lebih nak tengok negeri orang. Boleh gak sambil-sambil gi jalan-jalan kat sana. Aku gi sana ngan zarif . Sampai sana Hajar ambil kitaorang kat airport. Kami duduk kat umah Hajar 2 hari sebelum pi kat INTAN. Pas tu dia bawak kami pi jalan kat Hot Spring Tuaran, Tanjung Aru, Kundasang pas tu kat mana ntah aku pun tak ingat. Masa kat hot spring tu aku, zarif ngan hajar pi naik jambatan gantung. Macam nak tercabut nyawa kena memanjat lebih kurang 200 meter untuk sampai kat jambatan gantung tu. Lepas panjat titi gantung tu kami mandi kolam lah.



Dalam kapal terbang. Muka letih lepas buat dialisis.

Aku, Zarif, Hajar and Ani (housemate Hajar) kat hot spring, tuaran




Bersama-sama ngan Hajar dan zarif kat titi gantung. Ani tak mau ikut sebab tak larat nak daki bukit.

Tengah tunggu minuman. Tak sampai-sampai.

Gambar kengangan aku dan zarif kat belakang asrama INTAN

Bersama teman-teman kursus
Seronok gak dapat pi kursus Komunikasi Berkesan tu. Semua peserta kursus pun best-best. Tapi lepas ni aku tak mau pergi awal-awal lagi semata-mata nak pi berjalan. Mana taknya 2 kali aku tak wat rawatan. Huh.... tak tahan rasa badan. Apa-apa pun kursus tu memang bestlah....














Rabu (30.9.2009)

Hari ni (30.9.2009) adalah hari yang sangat menakutkan. Pagi-pagi lagi perutku dah memulas-mulas. Berapa jam aku dalam toilet rasa macam nak pengsan. Adoi... sakitnya tak terkata. Sudahnya aku masuk keje lambat. Tipon abang suruh balik. Aku dah tak tahan sakit. Ingatkan nak pi klinik jer. Tapi bila mengenangkan banyak keje kat opis tu pergi jugaklah akhirnya. Sapu minyak angin sebanyak2nya bagai nak terbakar perut aku. Sebelum pi opis sempat gak aku bawa kuih raya sikit. Bagi kengkawan rapat aku makan. Lin pun sempat gak promote barang-barang make up dia kat kita orang. Hm... Pandai sungguh dia menghabiskan duit kami.


Inilah antara serpihan kuih raya yang aku bawa yang telah dilantak oleh kawan-kawanku

Beli make-up kat Lin. Saja nak test power...

Antara Lipstic, lip gloss, dan eye shadow yang aku beli kat lin


Ala.... Besok nak kena pi dialisis pulak. Boringnya. Bila agakanya aku boleh hidup cam orang lain gak. Bila terpikirkan jarum nak dicucuk kat tangan aku ni ... Ahhhh!!!!!! malas dah rasa nak buat dialisis. Sakit dan boring giler tahap cipan. Korang tak dak ke yang nak bagi aku buah pinggang. Besar pahala korang dapat kalau dermakan buah pinggang kat aku tau. Tak kesian ker kat aku ni. Aku insan yang lemah.... Hanya mampu berserah.....

Jalan-Jalan Cari Makan

Semalam aku Ijot ngan Q pergi berbuka posa kat Rasamas Alamanda. Sharp 4.30 we all terus punch card dan naik bas pi Alamanda. Nak booking meja takut penuh. Aku ngan Q order menu yang sama, nasi ngan ayam black pepper. Ijot lak order nasi ngan ayam percik. Pas order tu kita orang pun pi jalan-jalan cuci mata kat Parkson sementara nak tunggu waktu berbuka. Sempat gaklah si Q tu beli purse kat Carlo Rino. Agak-agak kol 7.00 malam baru kita orang pi Rasamas balik. Yang paling tak syoknya ada ke patut aku dapat ayam yang paling kecik. Dah lah perut tengah lapar. Ayam lak kecik. Adus!!!! Nasib baik aku ada side order. Mushroom soup ngan garlic bread. Hua...hua...hua.....


Inilah makanan aku. Cuba korang bezakan ayam aku ngan ayam ijot & Q. Tak ci kan!!!!



Q punya makanan. Berapa kali ganda ngan ayam aku.



Ini lak nasi ijot. Tengok ayam dia.... besar dan menyelerakan



Nasib baik aku order mushroom soup dan garlic bread. Licin aku makan



nyam...nyam... GARLIC BREAD



Si Q tengah sibuk memilih purse. Yang berdiri tu bukan orang lain pun. Member satu opis ngan kami gak. Saja nak menambahkan sale dia. Hu...hu..hu...



Akhirnya inilah purse pilihan hati si Q . Regenya RM169.00.


Kisah Semalam

Semalam (25.8.2009) aku cam biasa aku pergi ke pusat dialisis. Cuci darah. Mengantuk giler. Sempat jugalah aku tertidur sejam. Habis dialisi aku ke bazar ramadhan Putrajaya. Nak cari lauk berbuka puasalah konon-kononnya. Memandangkan cuaca yang terlalu panas dan aku pun tak larat nak redah tempat tu (ramai sangat orang) makanya aku pun bercadang untuk beli lauk kat satu gerai yang ada jual daging masak kicap. Cam sedap jerk.... Aku pun belilah sikit lauk tu. Kang kempunan lak kalau tak beli.
Waktu berbuka tu, dengan lahapnya aku melantak daging tu dan tetiba aku terpandang satu tulang. Tulang yang tak pernah jumpa pada daging lembu . Rupanya daging masak kicap yang aku makan tu daging kambing. Werk.... nak muntah rasanya. Tapi nak wat cam ner. Dah takdir aku makan daging kambing. Akibatnya malam tu tak leh tidur lah sebab sakit kepala. Tobat nasuha aku lepas ni tak mau dah makan daging.

Mama Oh Mama

Mama....

Orang yang tidak asing lagi dalam hidup aku. Orang yang telah membesarkan dan memberi didikan kepadaku. Orang yang paling aku sayang dalam hidupku melebihi segala-galanya. Terima kasih mama sebab melahirkan Jajarkan ke Kananaku. Terima kasih atas segala-galanya. Ketika aku sakit dan terlantar di hospital mamalah yang menjagaku di hospital dari pagi sehingga petang. Sedih hatiku bila melihat pengorbanan mama yang terlalu banyak buat diriku. Sepatutnya akulah yang harus menjaga dan merawat mama. Maafkan aku mama kerana tak mampu untuk berbuat demikian. Aku tidak bermaksud untuk menyusahkan mama. Mama sanggup menaiki teksi dari Kuala Lumpur ke Hospital Serdang demi menjenguk dan membawa makanan untuk aku di hospital. Sehinggakan jari-jari kaki mama habis melepuh luka. Mama tak boleh luka. Kencing manis mama tinggi. Tapi mama tetap tabah. Mama tak pernah merungut. Mama maafkan aku kerana terlalu banyak menyusahkan mama. Sekarang mama kerap sakit. Aku sering berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada mama. Aku tak mahu mama pergi dulu daripada aku. Biarlah tuhan mengambil nyawaku sebelum mama. Aku tidak mahu kehilangan satu-satunya orang dalam dunia yang paling aku sayang. Aku mahu melihat mama hidup senang dan sentiasa sihat. Mama aku terlalu menyayangimu......

Di dalam pesawat untuk ke Kuching, Sarawak

Bersama-sama mama di Matang Wildlife Centre, Kuching


Di Safari Melaka




Mati hidup semula

Kehidupan ini kekadang di atas kekadang di bawah. Macam aku gak lah dulu sihat tapi tetiba je dokter kata aku menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir. Macam nak runtuh dunia ni bila aku dengar. Kenapa aku dan bukannya orang lain. Hancur rasa hati. Aku asyik menangis siang malam. Keje pun tak nak pergi. Family aku bawa pergi berubat secara tradisional. Ingatkan boleh sembuh tapi makin teruk plak. Hum.... sedih sangat sampai satu tahap aku rasa nak suruh mak aku bacakan yasin kat aku. Korang bayangkanlah aku nak makan tak leh, Minum pun tak leh. Bila makan atau minum sikit jer muntah. Kepala ni rasa macam nak pecah sakitnya. Pas tu nak berjalan selangkah pun tak larat. Tak leh nak bernyawa rasanya. paru-paru aku penuh ngan air. Kalau badan aku yang bengkak ni tak taulah nak cakap. Pas tu masuk spital kena tebuk sana sini sampai satu tahap aku masuk icu sebab pendarahan dalaman. Tapi sekarang oklah sikit sebab dah buat dialisis. Badan pun makin sihat. Alhamdulillah... Tuhan masih sayangkan aku. Tima kasih pada family aku sebab banyak bagi sokongan kat aku.

Saat mendebarkan.... kena cucuk jarum. Sakit!!!!


Baru selesai satu jarum lagi satu jarum menanti....

Tengah cuci darah. Kena tunggu 4 jam baru selesai. Nak balik rumah