iklan

SASAU

Sejak kebelakangan ni aku suka sangat termenung. Termenung ke, berkhayal ke. Entahlah aku pun tak tau kenapa. Semalam boleh pulak aku sasau. Aku masuk tido dalam pukul 11pm. Pas tu pukul 12.40 tgh malam tu aku terjaga. Aku tengok kat sebelah suami aku tak masuk tido lagi. Tapi yang peliknya tak der pulak bunyi orang tengok tv. Aku pun apa lagi bangunlah nak pergi panggil suami masuk tido. Sampai kat ruang tamu aku tengok tv tutup. Suamiku pun tak ada dekat situ. Aku cari dekat balkoni pun tak der gak. Alahai mana lak perginyer orang tua ni. Pas tu aku jerit-jerit panggil suami aku. Tapi tak berjawab. Takkan pergi kedai kot. Tengok kat toilet pun takder gak. Hati dah panas dah ni. Apa lagi aku pun capai talipon terus call dia. Aku tanya dia ada kat mana. Pas tu dia kata kat kilang. (Tempat kerja dia lah). Apa hal lak laki aku suka sangat pergi kilang tu. Tengah-tengah malam pun nak pergi sana. Ada perempuan lain ke. (Aku cakap dalam hatilah). Suami aku tanya aku ni mengigau ker. Apa hal pulak laki aku cakap cam tu. Pas tu aku cuba ingat balik apa sebenarnya yang telah terjadi. La....... baru aku hengat. Memanglah suami aku tu pergi kerja. Shif malam. Aku yang lupa. Padahal waktu dia keluar pergi kerja pukul 6 petang tu aku siap salam dan cium pipi. Boleh pulak aku lupa. Agaknya mungkin itu tanda-tanda.... (korang pikirlah sendiri)

puasa

Malas betul nak update blog. Bukan apa, internet ni asik problem jer. Oklah hari ni aku nak cerita pasal puasa. Pejam celik pejam celik dah 29 hari kita dan aku berpuasa. Korang ada ke 29 hari? Citer sket. Kat Ofis aku ni pun dah ramai yang cuti. Besok jangan citer lah. lagilah tak ada orang. Yang tinggal berapa kerat jer. Boring sangat hari ni sebab ofis dah tak meriah. Aku lepas raya baru cuti. Duit raya pun aku tak tukar langsung sebab azam aku pada tahun ni tak nak membazir walaupun beli kuih raya sampai RM600.00+++. Amik kau. Harga baju raya aku pun tak sampai RM100 aku beli. Punyalah kedekut... Tapi bila tang kuih raya tak hengat. Padahal bukannya aku makan sangat pun biskut raya tu. Besok aku kerja sampai kol 11am jer kot. Sobab er nak pergi dialisis tengahari tu. Pas tu aku mungkin balik rumah mama. Patutnya tahun ni aku beraya kat Johor tapi merajuk punya pasal biarlah aku raya sorang-sorang tanpa suami tahun ni. Ada aku kisah....
Besok aku masukkan gambar koi-koi raya yang aku beli tau. Tungguuuuuuu

sudah jatuh di timpa jalan raya

Malang sungguh nasib aku hari ni. Dah bertahun-tahun aku jalan kaki nak tunggu bas tak pernah jatuh tapi pagi ni aku boleh lak terjatuh. Macam nangka muda terjatuh dari pokok dah... bukan nangka busuk yer. Heheheh...... Aku rasalah punca aku jatuh tu mungkin balasan dari tuhan sebab sakitkan hati suami aku semalam. Adoi yai. Cepat sungguh tuhan tu bagi balasan kat aku. Agaknya sebab nak kurangkan dosa-dosa kecil aku kot. Masa dah jatuh tu aku tak rasa malu sikit pun andai ada orang nampak. Sebab rasa sakit dah mengatasi perasaan malu. Aku cuma rasa nak menangis jer. Sakit siot. Ingatkan nak balik rumah semula. Tapi mengenangkan hari ni dah jumaat last kerja untuk minggu ni aku gagahkan juga kaki ni naik bas. Lepas naik bas tu memandangkan tak ada orang lain, apa lagi aku pun hangkatlah kain tengok kaki aku. Lutut dah berdarah. Pas tu kat bawah tu kulit dah terkoyak sikit. Berdenyut-denyut rasanyer. Dah ler bas ni memusing satu Putrajaya nak amik penumpang. Lambat bebenor nak sampai opis. Sakit kaki ni dah tak terhingga dah. Tengahari tadi aku pi farmasi beli ubat sapu kat kaki aku. Petang kang nak pi dialisis lak. Adoi boring lak rasa. Orang lain boleh bersenang lenang dan buka puasa dengan famili masing-masing. Tapi aku kenalah buka posa kat pusat dialisis. Tak taulah aku bila agaknya aku dapat buat transplan. Sesapa yang rasa nak dapat banyak pahala, sudi-sudilah bantu aku yer....


inilah rupa kepala lulut aku setelah disapu ubat

ubat yang aku beli kat farmasi tadi

Aku tak tau apa masalah dengan muka aku ni. Dah lama bebenor aku menahan rasa. Jerawat ni tak mau pun surut-surut. Makin teruk lagi ada. Adoi.... Dah banyak pencuci muka aku dah terai. Tapi still gak tumbuh. Kalau kecik-kecik jerawat tak pe lagi. Ni jerawat yang sama besar penumbuk aku. Sampai berparutlah aku kerjakan. Korang ada ke aidea cam ner nak hilangkan jerawat ni. Muka aku ni dah jadi macam apa ntah. Wat sakit hati jer bila nengok cermin. Muka oh muka bila engkau nak sihat ni. Dah macam kena ciken pok jer. Tulunnnnn.

Inilah rupa muka aku yang dah hancur. Bilalah agaknya boleh baik dan cantik cam dulu.(cantik ker!!!!)

Bacalah Ayat Kursi Selalu

SEJARAH AYAT KURSI DAN FADHILATNYA

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t. Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.” Sabda baginda lagi;
“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.” Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda keluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

jalan-jalan alamanda

Semalam aku pergi alamanda dengan si Nor dan Kechik. Saja nak pi survey hadiah kawin shila plak. Lepas shila Lin plak. Adoi... Letih mak nyah. Sempat lak Kechik beli donut kat big apple. Banyak bebenor yang dibelinya. Mengalahkan orang yang buat kenduri je. Tapi comel-comel lah dia punya donut tu. Kalau akulah tak tergamak rasanya nak makan benda tu sebab comel sesangat. Baik aku awet dan wat pameran. Kihkihkih~. Aku plak beli roti boy dan blueberry cheese cake untuk suamiku yang tersayang. Maklumlah aku ni isteri yang solehah. Perasaan kurang tak apa janji Perasan mesti lebeh ok. Hari ni pun aku pi alamanda lagi. Dengan bebudak tu gaklah. Bukan apa nak perabiskan duit yang mana ada. Tak larat nak tengok duit banyak sangat dalam purse. Pas tu aku singgah kat secret recipe. Nak cari cheese cake mana yang paling sedap. Akhirnya aku beli resberi cheese cake, marble cheese cake ngan apakebenda lagi satu aku tak hengat. Semuanya untuk siapa??? Siapa lagi kalau bukan untuk suami aku yang tercinta tu. Biar dia makan sampai pengsan. Tapi rupa cheese-cheese cake tu payahlah aku letak kat sini. Pas tu tunggulah enam tahun lagi baru aku beli balik cheese cake untuk dia. Kalau dia nak beli sendiri tu jangan haraplah. Eh... aku ni mengumpat laki sendiri plak. Isteri yang solehah mana boleh ngumpat laki kan! Oklah sampai sini dulu aku membebel. Cau cin cau.

Mula-mula Kechik cadang cuma nak beli yang ini tapi lepas tu .....

Cuba tengok comel tak donut-donut ni. Macam orang yang membelinya jugak

Nilah blueberry cheese cake yang aku beli. Cuma satu slice jer. Sebab aku tak suka makan cheese cake. Cukuplah untuk suami aku seorang. Kalau hangpa semua nak tengok Cheese cake yang aku beli kat secret recipe tu pi lah tengok sendiri kat Secret recipe yer

Aku cuma makan rotiboy jer. Cukuplah untuk makan tengahari.

Suamiku

Seronoknya sesiapa yang dapat menyambut kelahiran anak-anak. Betapa bahagianya ibubapa yang mempunyai bukan sorang malah berorang-orang anak. Dan betapa seronoknya apabila melihat anak-anak membesar di depan mata. Tapi tak semua orang dapat merasai keindahan saat-saat mengandung dan melahirkan anak. Aku dan suami adalah termasuk antara mereka yang tidak mempunyai zuriat walaupun sudah bertahun melayari alam perkahwinan. Kesian abang. Mungkin harapan kami untuk mendapatkan zuriat sendiri akan terkubur kerana penyakit yang aku hidapi sekarang. Pernah satu petang sedang aku menonton televisyen, siaran tersebut menayangkan cerita tentang suami isteri yang menyambut kelahiran anak mereka. Menitis air mataku melihat cerita tersebut. Kalaulah aku dan abang dapat menjadi salah seorang daripada mereka. Alangkah bahagianya hidup ini. 'Abang maafkan aku kerana tidak dapat menjadi isteri yang terbaik untuk abang'. Terima kasih kerana sudi menjadi suamiku yang terbaik buat diriku. Terima kasih kerana merawat aku ketika aku sedang sakit. Terima kasih atas segala-galanya. Mungkin aku bukan isteri yang baik tetapi kasih dan sayangku pada abang tidak sedikit pun berubah.

Pengantin Baru

Kali ni aku nak tunjuk gambar kawin si Mia @ Kechik baru-baru ni. Hari tu kan aku tak sempat nak muat turun gambar sebab terlupa nak bawa kamera. So hari ni barulah sempat nak masukkan. Suka aku tengok gambar dia. Pandailah mak andam tu solek. Memang patutlah cantik. Kalau tak cantik tak adalah orang nak tempah @ buking dia jadi mak andam. hehehe~. Tapi bila tengok gambar aku plak, adoi.... sakitnya hati. Macam hampeh. Maklumlah dengan cuaca yang panas membara dan tak pakai makeup muka punyalah sememeh. Berminyak sampai boleh buat goreng ikan dan ayam. Oklah banyak pulak aku membebel. Korang tengok ajerlah gambar ni ek.



Gambar masa pernikahan diorang.

Dalam perjalanan. Sempat lagi bergambar walaupun sesat barat mencari jalan pergi ke rumah pengantin.

Sampai jer kat rumah pengantin terus pergi bergambar. Takut kalau tunggu lelama tak sempat lak nak bergambar ngan pengantin.

Masing-masing cuba kontrol ayu dan jelita walaupun......

Mia @ Kechik bergambar ngan shila

Dari kiri : Shila, Pengantin dan aku (Cewahhh...)

Upacara persandingan pun bermula

Senyum sokmo

Di sebelah pihak lelaki
Petang Jumaat hari tu aku kena pergi buat rawatan lagi. Biasalah 3 kali seminggu. Tapi aku tak makan tengahari. Disebabkan terlalu mengantuk aku tidur dari 12.30 sampai kol 2 petang. Pas tu malas pulak nak jalan ke Anjung. Dalam perjalanan nak ke pusat dialisis tu aku singgah kat kedai mamak beli roti bakar ngan teh ais buat alas perut. Takut gak tengah buat dialisis kang pengsan lak sebab tak makan. Sedap giler walaupun hanya roti bakar. Maklumlah tengah lapar semuanya sedap. Selipar jepun celup tepung pun kalau tengah lapar boleh habis. Kihkihkih... Walaupun hujan lebat kat luar tu tapi ais tak boleh dipisahkan dengan aku. Aku rasa kalau kat malaysia ni bersalji pun aku masih nak minum ais gak. Korang mesti pelik kan kenapa aku suka sangat minum ais. Jangan kata korang, aku sendiri pun pelik kenapa aku suka minum ais. (hihihi~). Lagi satu aku nak cerita kat korang, hari Sabtu baru ni aku pergi kenduri kawin Mia atau Kechik kat Kampung Sungai Buloh, Simpang Durian. Punyalah eksaited nak pergi sana. konon-kononnya akulah peserta pertama yang akan sampai kat rumah dia. Pukul 9 lebih aku dah bertolak ke sana. Mujur gak aku keluar awal. Rupanya sesat barat aku mencari rumah si Mia tu sampai masuk dalam hutan mana entah. Lepas tu bertembung pulak dengan beruk yang sejibik macam gorila. Kelakar pulak rasanya bila ingat balik. Nasib baik tak ada harimau atau singa. Kalau tak tak sempat aku nak makan kenduri tapi aku yang dikendurikan dulu. Akhirnya sampai juga setelah berjam-jam cari jalan ke rumah Mia. Sempatlah bergambar dengan Mia. Cantik Mia hari tu. Lain sungguh. Rasa macam nak kawin balik. Tapi gambar kawin tu nanti-nantilah aku masukkan.

Bye.......

kebosanan yang terter

Hari ni ingat lepas time kerja nak tengok wayang citer LBS. Tapi perut meragamlah pulak. Mesti sebab minum air teh. Adui!!! sakitnya. Rasa cam nak amik half day balik rumah jer. Rehat. Tapi kalau balik nanti bertambah tak dak orang kat sini. Lenganglah lagi opis ni. Ramai sangat orang yang bercuti hari ni. Apa nak buat yer??? Kalau nak ngumpat, takkan nak ngumpat sorang-sorang. Nanti orang kata aku gila. Walaupun memang dah sewel. Nak update blog pun dah tak dak idea. Apo nak dibuek laie ni. Tulunnnnnnn.......
Lama sungguh rasanya tak update blog. Mana idoknyer, mula-mula kursus, lepas kursus exam lepas exam kursus balik. Pagi ni sampai opis terus layan komputer nak update blog. Tapi tak tau plak jari ni nak cerita apa. Kepala otak aku ni dah jem. Macam trafik jem kat KL tu. He.. he.. he..... Cerita pasal kursus, ni aku nak cerita pasal kursus yang aku pergi baru-baru ni. Kursus tu dekat Sungai Petani. Nama kursus tu Kursus Personaliti Unggul. Kalau korang dengar nama kursus tu mesti korang ingat kursus tu pasal kecantikan. Betul tak. Sebenarnya kursus tu pasal kecantikan dalaman. Pasal budi pekerti, hati, keimanan. Lebih kurang cam tulah. Paling best lagi sebab kita belajar berfikir, cara mengatasi masalah dan macam-macam lagilah. Bukannya pasal belajar makeup atau dressing. Tapi memang bestlah kursus hari tu. Kalau ada peluang atau kursus tu ada kat KL aku nak minta lagi. Rasa macam tak puas jer. Walau pun masa kursus tu agak panjang tapi sempat lagi kami ke Tanjung Dawai membeli belah apa yang patut kat sana. Sempat gaklah aku beli ikan kering dan keropok-keropok untuk family aku kat KL. Perjalanan balik dari Kedah ke KL, kami singgah di Pulau Pinang plak. Cari jeruk. Maklumlah kat sanakan jeruk buah-buahan murah bangat sih... Sampai kat Putrajaya dalam pukul 8pm. Aduh... letih giler. Walau bagaimanapun memang terbaiklah.

Kisah Perempuan

Hari ni aku nak cerita pasal period atau lebih dikenali sebagai datang bulan. Korang ingat lagi tak bila pertama kali datang period. Ada yang mula-mula datang bulan seawal usia 10 tahun dan ada yang datang setelah berusia 16 tahun. Aku mula kena waktu berumur 14 tahun. Kiranya aku yang paling awal kena dalam keluarga aku. Kakak dan adik aku kena masa berumur 15 tahun. Waktu tu aku tak tahu langsung apa itu period atau haid. Yang kelakarnya bila aku kena period, bukannya aku nak tanya mak atau kakak aku. Aku buat tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. Aku pernah bertanya kat diri aku sendiri apa ke benda yang jadi kat aku time tu walaupun aku sendiri tiada jawapannya. Bila tengok darah tu memanglah takut. Tapi aku konfius betul ke benda tu darah atau benda lain. Bila dikenangkan balik kelakar pulak rasanya. Bodoh betul aku waktu tu dan boleh pula dengan selambanya aku pergi ke sekolah tanpa memakai pad. Dekat kelas kawan2 yang ternampak tompok dekat kain aku semua bertanya "awak datang period ke"? dan dengan angkuh dan sombongnya aku menjawab "mana ada. Saya mana pernah datang period lagi lah". Sampailah balik sekolah perut aku rasa sakit tak tertahan. Barulah aku tanya pada kakak aku. Bila kakak aku kata yang aku kena period apa lagi terkejut memerang aku dibuatnya. Terus menangislah aku. Takut......




Macam inilah rupanya kalau tengah menahan sakit disebabkan senggugut




inilah pad yang aku guna pakai sampailah sekarang



Aku kalau time period tak boleh pakai pad sembarangan. Pilihan utama Whishper. Itu pun yang paling panjang. Kalau pakai jenama lain jawabnya tak boleh duduklah aku. Bukan apa, cepat tembus kalau pakai jenama yang lain. Lagipun jenama whisper ni bila kita pakai rasa selesa sangat selain senang untuk dicuci. Benda tu tak akan hancur. Memang puas hatilah. Aku guna pakai jenama whisper ni dah tiga belas tahun kot. Korang kalau yang datang period tu banyak aku syorkan jenama ni. Trylah. Bukan apa sebab aku dah guna banyak jenama lain yang selalu keluar dalam iklan tu tapi hampeh.... Oklah aku nak buat kerja pulak.

Cau cin cau..........

Potong memotong

Balik kerja semalam aku tolong si mia tolong potong-potong kertas ucapan tima kasih dia untuk tetamu yang akan datang ke majlis perkahwinan dia nanti. Sampai je rumah terus aku amik gunting potong kertas tu sampailah kul 11 malam tak berhenti. Itu pun masih tak dapat siapkan juga sebab banyak sangat. Pagi ni bila aku bangun tidur terasa jari aku sakit giler. Baru aku teringat yang aku menggunting kertas semalam. Adoiiii .... merah giler jari aku dibuatnya. Takpelah mia punya pasal. Kira-kiranya pertolongan aku tu boleh dijadikan hadiah perkahwinan dialah. Jimat duit aku tak payah nak susah-susah beli hadiah untuk dia. Kih... kih... kih... (Jgn marah ye mia). Sebelum gi kerja pun aku masih lagi sempat menggunting lagi. Pas tu kat opis sambung lagi wat kerja yang sama. Lin pun joint the club tolong gunting gak.


Inilah dia kertas yang aku belum gunting lagi

Lepas gunting............

Aku dan Lin sempat lagi bergambar walaupun tengah sibuk menggunting kertas tu

Merah tak jari aku.... Kesian kan??

Itulah alkisahnya citer aku. Untuk mia sekiranya dia membaca blog aku ni, aku nak tanya bila mia nak belanja I makan? Bukan makan kat majlis kawin u tau. Tapi makan kat luar. Makan pizza ker, KFC ke, Mc D ke. What everlah. Asalkan u belanja. I dengan Lin yer. Jgn lupa akan jasa baik we all ni. Cau cin cau..............

Adamaya

Hari ni aku nak cerita sikit pasal cerita Adamaya semalam. Menyampah lak aku tengok perangai si Maya tu. Dah ada anak sorang pun masih nak kata tak cinta kat laki dia. Waktu dia tengah wat anak tu apa??? Adakah waktu tu nafsu sedang menguasai fikiran. Bodoh betul..... Kalau belum ada anak tu aku boleh lagilah aku terima kalau dia nak menggatal ngan jantan lain. Boleh plak dia bagi boyfren dia pegang mukalah, peluk bahulah pas tu boleh plak dia duduk dalam gelap berdua-duaan. Tak ke BANGANG tu........ Entahlah agaknya dalam dunia sebanar memang ada kot perkara macam tu. Lagi satu, ada lagi ke suami yang sebaik Adam pada zaman sekarang ni? Bini dah conteng arang kat muka, boleh lagi dia bersabar. Kalau akulah dah lama dah aku kasi pelempang kat muka dia. Walau macamanapun citer tu memang bestlah. Yang bestnya sebab budak kecik tu . Comel sangat dan pandai plak berlakon. Korang tengoklah antara pelakon-pelakon dram bersiri Adamaya ok. BYE.......





30 april 2010

Petang semalam Naqib, anak saudara aku kol (dengan bahasa pelatnya) suruh aku beli apeton untuk dia. Jadi pagi-pagi lagi aku pergi anjung pi cari apeton untuk dia sebab tgh hari nanti aku malas nak keluar. Petang ni macam biasalah kena pi hemodialisis. Kul 4.00 nanti abah datang amik aku kat opis. Tapi rasanya macam malas je nak pi. Tapi kalau tak pi hari ni bengkaklah pulak. Sebab hari isnin nanti baru boleh wat dialisis. Hari tu mama ada tanya bila nak pergi kat sungai pusu tempat Hj. Lokman tu. Alah... yang dalam tv astro oasis tu. Apekebenda syifa2. Aku pun tak ingat. Aku ingat nak try berubat kat sana plak. Mana tau dengan mengamalkan ayat-ayat al-quran aku boleh sihat macam dulu-dulu. Tak payah nak susah-susah wat dialisis lagi. Tengoklah bila abang cuti nanti baru aku boleh gi kot.
Esok abang kerja malam plak. Siapalah yang nak temankan aku kat rumah ni. Kalau sorang2 garenti aku tak leh tidur. Mesti terbaring kat atas katil tu dengan mata celik macam patung cendana sambil dengar bunyi-bunyian yang tak diundang. Harap-harap adalah adik-beradikku yang sudi untuk tidur di rumah aku. Tak delah aku rasa takut semacam. Semoga takkan ada apa-apa berlaku semasa ketiadaan abang nanti...

kisah seram di rumahku

Gambar ini sekadar hiasan


Kisah ini berlaku lebih kurang beberapa bulan yang lalu. Peristiwa tersebut akan terjadi sewaktu suamiku bekerja shif malam. Bunyi-bunyian yang agak mengganggu tidurku itu amat menakutkan aku. Aku tertanya-tanya mungkinkah jiran-jiranku tak pernah tidur. Bunyi tersebut seperti ada orang sedang bermain guli tak berhenti-henti. Tak cukup dengan itu, bunyi seperti orang sedang menarik kerusi meja atau perabot juga kerap kedengaran pada pukul dua tiga pagi.


Pada suatu hari sedang aku mengemas rumah, aku terjumpa sebiji guli bewarna putih di rak buku. Terdetik di hatiku adakah bunyi guli yang selalu kedengaran ketika aku sedang tidur itu adalah bunyi guli tersebut. Tetapi siapakah yang membawa guli tersebut masuk ke dalam rumahku. Nak kata anak aku, aku mana ada anak. Malah budak kecil pun tiada dalam rumahku. Apabila aku bertanyakan kepada suamiku dia juga tidak tahu bagaimana guli tersebut boleh berada di dalam rumahku. Aku bercerita kepada suamiku apa yang aku dengar pada setiap malam apabila dia tiada di rumah. Aku juga menyatakan yang di kawasan kuarters tempat tinggalku itu mungkin ada 'sesuatu' kerana kawan-kawanku yang tinggal di kawasan kuarters tersebut juga sering bercerita tentang bunyi-bunyian tersebut. Tetapi suamiku tidak pernah percaya padaku. Sehinggalah aku meminta agar suamiku membuang guli itu jauh dari rumahku. Setelah guli itu dibuang, percaya atau tidak rumahku tidak lagi kedengaran bunyi guli tersebut. Tetapi bunyi orang menggerakkan perabot tidak pernah lenyap dari kedengaran. Malah baru-baru ini semasa aku baru mahu melelapkan mata pintu bilikku berbunyi 'krekkk....'. Terkejut aku dibuatnya. Nak kata disebabkan kipas angin, sebelum ni pun pasang juga kipas angin tapi tak delah macam ni sekali. Kenapalah benda ni terjadi semasa suamiku tiada di rumah. Tak tidur aku dibuatnya. Mana taknya, banyak kali dia berbunyi. Aku cuma dapat berdoa dalam hati supaya 'benda' tu tak muncul depan aku. Sampailah aku tertidur

Makan Free

Hari ni kat opis aku buat jamuan perpisahan untuk pegawai/ kakitangan yang bertukar dan bersara. Tapi menunya alahai.... entah apa2 entah. Macamlah tak de benda lain nak makan. Soto, nasi goreng cina, roti jala, pulut kuning, kuih sikit dan buah-buahan. Pas tu kek untuk Datuk. Masalahnya kenapa diorang order kek carrot. Apalah diorang punya citarasa. Tapi hari ni lin tak datang. Dengar kata dia teman adik dia pergi satlekan satu urusan. Kesian dia. Duit dah bayar tapi tak dapat makan. Ada separuh orang duit tak nak bayar tapi bila time jamuan dengan muka tak tau malu datang makan. Macam-macam jenis manusia di muka bumi ni. Entahlah.......

Muka-muka yang kelaparan. Sedang menunggu masa makan. Datuk TKPK (P) lambat sampai.




Kek satu malaysia perisa lobak sempena hari lahir Datuk TKPK (P)



buah-buahan yang menjadi salah satu menu untuk jamuan perpisahan.


Roti jala



Nasi goreng cina


Ramai benar yang datang jamuan tu. Macam-macam perangai boleh tengok. Ada yang jadi belanda, ada yang sampai orang nak ambil makanan pun tak boleh sebab dok makan depan makanan. Tak mau bergerak ke mana. Pas tu tak nak kasi orang makan. Kesian kat sorang ibu mengandung ni. Tak dapat dia rasa pulut kuning ngan rendang sebab dah di konker di sorang ni. Hi.... nak juga kami sumpah dia jadi tv plasma 42". Maklumlah saiz dia pun leh tahan gak. Kalau sumpah jadi tv 14" nanti tak padan ngan badan dia pulak. Aku lak sempat gak ambil semua makanan siap bertapau lagi. Bukan apa, aku ni kan isteri yang solehah. Tapaulah untuk suami. Cerita pasal makan ni, perut aku ni rasa macam nak meletup sebab kekenyangan. Adoi.... tolong..... aku ni bernafas pun dah tercungap-cungap. Dah tak larat dah rasa. Tulah masa minum air tadi tak beringat. Yelah aku kan tak boleh minum air banyak. Inilah jadinya kalau minum air banyak.

Inilah makanan-makanan yang aku makan. Semua menu yang ada aku try. Tapi yang makannya cuma soto je pas tu buah sikit. Yang lain semua masuk tong sampah. Biasalah orang tamak. Apa yang nampak semua nak bedal.

Antara muka-muka kekenyangan. Macam nilah.....


Bila makan dah tak ingat apa-apa dah

Kisah Hari JUMAAT 16 April 2010

Hari ni aku mengantuk sangat. Tak tau lak kenapa. Dahlah semalam bergaduh dengan abang. Sakit hati aku dibuatnya. Takpelah. Lupakan pasal dia. Break tadi aku pi pasar jap. Cari penyangkut tudung mama. Dah lama dia suruh belikan. Tapi tak de jual. Baru hari ni dapat. Pas tu aku pi Anjung beli mi goreng ngan air laici. Petang nanti nak kena pergi buat dialisis lak. Aduh.... boring bangat sih. Nasib baik esok dah cuti. Boleh gak rehat2 kat rumah. Rasanya macam nak berjalan je besok. Dah lama sangat aku tak kemana-mnana. Ada suami pun macam tak bersuami. Sentiasa berseorangan. Nak keluar sorang-sorang takut. Habis tu cam ner. Duduklah kat rumah tu sampai ke tua. Jadi kesimpulannya kalau nak cari suami carilah suami yang boleh melayan kerenah kita dan ikut cara kita....
Oklah aku nak cau dulu nak pergi dialisis. Tunggu episod yang seterusnya daripada aku yer!!! Bye................




Inilah penyangkut tudung yang aku beli tadi. Yang belakang tu model penyangkut tudung yang tak perlu dibayar perkhidmatannya. Sesiapa yang berminat silalah hubungi nombot 019-xxxxxxx.

Cerita-cerita Cari Makan

Hari ni terasa macam nak makan pizza jer. Tapi tak larat nak jln kat alamanda. Hmmm petang ni nak kena gi dialisis lak. Bila masanya aku nak pi beli pizza ni. Kalau tak dapat makan pizza makan KFC pun boleh gak. Tapi masalahnya aku habis dialisis dalam pukul 9 malam. Tak de sesiapa ke yang nak belikan atau nak belanja aku makan ni. Kalau pergi jusco lepas dialisis, masalah nak parking lagi nak tunggu lagi. Adoiiiiiiii. Kalau pergi alamanda perjalanan je dah berapa lama. Nampak gayanya tak dapek laie aku makan pizza. Sabar ajelah.

hemo.... hemo.... hemo....

Aku sebenarnya dah tak larat nak buat hemodialisis. Yelah orang habis kerja boleh relax kat rumah. Sambil baring-baring dan makan keropok boleh tengok tv. Tapi aku pukul 4.00 keluar dari pejabat terus pergi pusat dialisis. Pukul 4.30/4.45 siap cucuk duduklah kat kerusi tu empat jam. Habis dialisis lebih kurang kul 8.30/8.45 malam. Pas tu nak tunggu staff nurse cabut jarum dan sebagainya dah pukul berapa dah. Sampai rumah kul 9 lebih. Aduh.... Yang paling menyakitkan hati nurse baru tu dahlah tak tukar glove yang dia pakai. Lepas siap dia buat sorang pesakit ni terus gi angkat bakul sampah pas tu tak reti nak tukar glove dan terus buat kat aku plak. Waktu dia belajar dulu takkan cikgu dia tak ajar, satu patient satu glove. Macam aku pulak yang belajar kejururawatan. Kalau jadi apa-apa kat aku nanti aku tak teragak-agak nak menyaman diaorang.

Tak de ke orang yang sanggup derma buah pinggang kat aku. Tak ada ke yang kesian kat aku. Kalau takut nak derma buah pinggang, korang dermalah duit sorang sikit kat aku. Boleh gak aku buat transplan kat cina. Aku sendiri pun tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Tangan aku pun dah hancur sebab asyik dicucuk je. Teringin rasanya jadi orang yang sihat. Macam dulu-dulu. Boleh buat kerja macam biasa. Boleh pergi sana-sini tanpa rasa risau. Boleh minum air banyak-banyak. Entahlah. Tuhan sajalah yang tahu................

Makan roti potato dengan air nescafe sementara buat rawatan dialisis.

Termenung memikirkan masa depan negara

Sedang membuat rawatan hemodialisis. Macam nilah tangan aku selama empat jam

Sebelum buat hemodialisis. Dah hancur dan betapa buruknya keadaan tanganku.

Sekitar Majlis Perkahwinan Hafiz

Tanggal 13 Mac 2010 terpatrilah ikatan perkahwainan antara adikku Hafiz dan isterinya Ika. Dan pada 20 Mac 2010 pula majlis menyambut menantu diadakan di rumahku. Penatnya bagai nak gila. Tapi seronok gak sebab dah lama tak buat majlis perkahwinan di rumahku. Yang terakhir tiga atau empat tahun lepas. Tu yang excited sangat tu. Tema perkahwinan mereka purple tahi kambing.


Kalau nak jadi raja sehari kenalah sabar menahan panas. Kalau tak macam mana nak mengharungi alam rumahtangga. Betul tak! Betul tak! Betul tak!!!!!!


Bersama-sama pengapit menuju ke rumah pengantin lelaki


Majlis makan beradab. Walaupun kami bekerja keras untuk menjayakan majlis ini tetapi apakan daya lauk pengantin tak cukup sebab lupa nak masak....

Bergambar bersama keluarga pengantin perempuan