Mama....
Orang yang tidak asing lagi dalam hidup aku. Orang yang telah membesarkan dan memberi didikan kepadaku. Orang yang paling aku sayang dalam hidupku melebihi segala-galanya. Terima kasih mama sebab melahirkan aku. Terima kasih atas segala-galanya. Ketika aku sakit dan terlantar di hospital mamalah yang menjagaku di hospital dari pagi sehingga petang. Sedih hatiku bila melihat pengorbanan mama yang terlalu banyak buat diriku. Sepatutnya akulah yang harus menjaga dan merawat mama. Maafkan aku mama kerana tak mampu untuk berbuat demikian. Aku tidak bermaksud untuk menyusahkan mama. Mama sanggup menaiki teksi dari Kuala Lumpur ke Hospital Serdang demi menjenguk dan membawa makanan untuk aku di hospital. Sehinggakan jari-jari kaki mama habis melepuh luka. Mama tak boleh luka. Kencing manis mama tinggi. Tapi mama tetap tabah. Mama tak pernah merungut. Mama maafkan aku kerana terlalu banyak menyusahkan mama. Sekarang mama kerap sakit. Aku sering berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada mama. Aku tak mahu mama pergi dulu daripada aku. Biarlah tuhan mengambil nyawaku sebelum mama. Aku tidak mahu kehilangan satu-satunya orang dalam dunia yang paling aku sayang. Aku mahu melihat mama hidup senang dan sentiasa sihat. Mama aku terlalu menyayangimu......
Di dalam pesawat untuk ke Kuching, Sarawak
Bersama-sama mama di Matang Wildlife Centre, Kuching
Di Safari Melaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan