iklan

Buaya besar tersadai di tebing sungai

KUALA SELANGOR: Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.

Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.
“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.


Dua nelayan terkejut menemui bangkai buaya yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang.

Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.

“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.

Ummi Nadiah selamat disemadi

Rawang: Jenazah penuntut Malaysia Ummi Nadiah Filzah Daud yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri, Universiti Iskandariah, Mesir Ahad lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Country Homes, di sini, malam ini.
Jenazah yang dikebumikan pada jam 10.45 malam sebelum itu disembahyangkan di Surau As Siddiqin kira-kira jam 9.30 malam selepas selamat tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6 petang tadi.

Ummi yang berusia 21 tahun merupakan pelajar Fakulti Pergigian di Universiti Iskandariah, Mesir dan disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam waktu mesir apabila mengalami masalah paru-paru selepas dirawat selama 11 hari.

Pada 4 Jun lalu, Ummi adalah seorang daripada enam penuntut Malaysia di Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah, Mesir terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg El, Mesir untuk kembali ke tanah air.


Beliau mengalami pendarahan dalaman, Siti Shahirah Abdul Jalil (patah tangan dan rahang), Fatin Inani Mohd Noh (patah rahang) dan Siti Nurul Aisyah Zahari (patah tangan) manakala dua lagi, Najihah Najwa Zulkifli serta Nuraddina Khairunaha, cedera ringan.



Sumber dari : myMetro

Dialisis

Sakit hati betul bila tengok nurse tempat dialisis aku ni buat kerja. Aku ni jenis suka perhatikan orang bekerja. Diaorang ni macam tak pernah belajar nursing pulak aku rasa. Kalau tegur nanti marah. Buat muka kat kita. Kalau tak tegur buat kerja macam hampeh. Tujuan pakai glove bukannya untuk jaga tangan diorang supaya tak kotor tapi untuk jaga pesakit supaya pesakit tak dijangkiti kuman. Bayangkanlah bila dah siap cucuk dan settlekan satu patient boleh pulak pergi kat patient lain dan guna glove yang sama untuk cucuk patient lain. Dan yang tak boleh blah glove tu ada darah patient yang sebelum tu. Itu satu kes. Lepas tu kutip sampah dalam tong sampah, dengan glove yang sama sentuh patient dengan glove kotor tu. Rasa macam nak sumpah diorang ni biar dia pulak sakit atau famili dia sakit orang buat macam tu kat dia atau famili dia. Astaghfirullah... Sabar, sabar sue. Kawal emosi tu sikit. (Heee.. hiii... hii...) Tolonglah wahai nurse-nurse kat luar sana. Tolonglah jaga kebersihan bagi mengelakkan pesakit daripada terkena jangkitan kuman sebab ketidak cerdikan korang. 

KISAH BENAR, ARWAH IBU ZAIRAH JENAZAH ANAK

Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, namun kisah ini amat penuh bermakna. Sama-sama kita baca dan ambil iktibar darinya.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.

Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik beralalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, berulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.  Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz", kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya" kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.




"Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya saya". Mak cik rasa betul.... tapi kulitinya putih". Makcik lihatlah betul-betul" kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. "Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini" kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ini memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.

Dia memang anak yang baik. Tapi ..." tambah wanita itu lagi " apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedah, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak mak cik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan". Kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya menghubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggak di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang". Pertanyaan saya itu menyababkan dia terkejut, " Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakan' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah.. azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat.. Semoga kita sejua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat. InsyaAllah


SUMBER : (http://luvislam92.blogspot.com)







Rindu mama

Adik rindu mama. Adik rindu untuk peluk dan cium mama. Adik rindu panggilan talifon daripada mama. Tiap-tiap hari adik ternanti-nanti call daripada mama. Adik lupa mama dah tak ada. Mama akan call untuk cerita masalah mama. Mama sunyi sebab anak-anak mama tak ada disamping mama. Mama banyak memendam rasa dek perangai setiap anak-anak mama. Mama suka call adik mungkin sebab mama rasa adik adalah pendengar yang setia sebab setiap kali mama bercakap di talifon adik tak akan bercakap sepatah pun kecuali mendengar. Bila mama bertanya apa-apa baru adik bercakap. Adik rindu untuk duduk dan tidur sebelah mama. Mama, esok kita jumpa yer! Pagi esok adik akan pergi kubur mama. Nanti adik bacakan Yassin untuk mama. Mama adik minta maaf sebab adik tak boleh berhenti menangis setiap kali adik rindukan mama. Mama.. Kesian abah. Dia dah tak ada sesiapa lagi. Tiap-tiap pagi abah pergi kubur mama. Macam mana bulan puasa nanti. Abah sorang-sorang kat rumah. Adik ajak abah tinggal dengan adik tapi dia tak mau. Raya tahun ni dah tak ada makna sebab mama dah tak ada.


Sekadar peringatan kepada anda semua. Hargailah kedua orang tua kita selagi mereka masih ada. Peluk dan ciumlah mereka. Jangan sakitkan hati kedua orang tua kita. Sentiasa memohon ampun kepada mereka tidak kira masa. Sayangilah mereka dan sentiasa adakan masa untuk mereka. 

Mama oh mama2

Akhirnya mama pergi jua... Mama telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 Jun 2014 yang lalu pada jam 12.30 pagi tanpa sempat aku memohon ampun daripadanya. Persoalan demi persoalan menerjah di ruang fikiran aku. Kenapa mama pergi sebelum aku. Kenapa kejamnya orang yang menganiaya mama yang sanggup buat mama sakit dan menderita. Mama, adik sayang mama sangat-sangat. Ampunkan segala dosa yang adik telah lakukan pada mama. Halalkan setiap makan dan minum serta susu yang telah mama berikan pada adik. Mama... sesungguhnya adik tak kuat untuk harungi hari-hari yang mendatang tanpa mama di sisi. Adik masih perlukan mama. Adik rindu mama. Adik rindukan saat kita bersama. Kemana saja adik pergi mesti bersama-sama mama. Tak pernah sekali pun adik pergi ke mana-mana tanpa mama. Mama, adik bukan anak yang baik kan? Masa adik sakit dulu mama yang jaga adik setiap hari di Hospital. Mama gagahkan diri mama hanya untuk adik walaupun semua jari kaki mama melecet dan jadi gelembung air. Walaupun mama tak terdaya untuk berjalan tapi demi adik mama cekalkan hati demi menjaga adik di Hospital. Tapi di kala mama sakit adik tak mampu menjaga mama. Mama, adik memang tak berguna kan? Sekarang hanya air mata jadi peneman diri adik setiap kali adik rindukan mama. Adik tak puas cium mama pada hari mama dikafankan. Bau mama wangi sangat. Kulit mama lembut selembut kulit bayi yang baru dilahirkan. Mama seolah-olah sedang tidur dengan lena. Lena sangat. Wajah mama tenang seolah-olah sedang tersenyum. Mama, kalaulah masa boleh diundur semula... akan adik lakukan yang terbaik untuk mama. Tapi semuanya dah terlambat. Adik dah tak mampu untuk buat apa-apa lagi. Semoga mama aman di sana. Adik akan selalu doakan untuk mama dan semoga Allah akan makbulkan doa-doa adik agar mama ditempat di Syurga. Adik akan lakukan yang terbaik untuk mama. Adik sayang mama. Sayang sangat-sangat....

Anak-anak Bulus

Hari sabtu lepas aku bawa anak-anak bulusku yang dua ekor si Gemuk (Kakak) dan Manja (Adik) pergi ke rumah mama kat Jalan Ipoh. Anak-anak bulus aku tu pulak memang sukalah bila ke sana sebab boleh merayap keluar rumah. Kalau kat rumah aku memang aku takkan lepas keluar. Maklum ajelah, duduk kat apartmen. Kalau hilang siapa yang susah. Aku juga yang menangis siang malam. Entah macam mana hari tu adalahlah pulak kucing liar pergi serang hendap anak-anak bulus aku. Mencanak budak berdua tu masuk dalam rumah. Si Gemuk pula dah tak boleh dekat dengan adik dia si Manja. Mungkin dia rasa macam nak diserang lagi. Traumalah katakan. Anak-anak bulus aku tu dahlah putih melepak. Bila dah kena serang ngan kucing liar tu dari berbulu putih dah jadi hitam melegam. Adoi.... sakitnya hati.... Siaplah kucing tu kalau aku jumpa. Suka suki jer pi bantai anak-anak aku. Sampai kat rumah aku baru aku perasan si Mana tu cedera tang ekor. Kesian dia. Asyik termenung ajer. Main pun dah tak mau. Dahlah bulu kotor, ekor pulak luka.Nak mandikan kesian. Tunggulah luka si manja sembuh baru nanti aku mandikan.

Manja yang dah comot
Gemok dengan permainan dia
 
Manja Yang suka duduk atas TV