KUALA SELANGOR: Penduduk
sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai
buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti
Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.
Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak
menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk
memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut
pada dahan kayu di tebing sungai.
“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh.
Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat
kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan
dapati buaya itu sudah tidak bergerak.
“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.
Dua nelayan terkejut menemui bangkai buaya yang
tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang.
Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu
menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang
tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan
buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.
“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan