iklan

Ummi Nadiah selamat disemadi

Rawang: Jenazah penuntut Malaysia Ummi Nadiah Filzah Daud yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Miri, Universiti Iskandariah, Mesir Ahad lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Country Homes, di sini, malam ini.
Jenazah yang dikebumikan pada jam 10.45 malam sebelum itu disembahyangkan di Surau As Siddiqin kira-kira jam 9.30 malam selepas selamat tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6 petang tadi.

Ummi yang berusia 21 tahun merupakan pelajar Fakulti Pergigian di Universiti Iskandariah, Mesir dan disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam waktu mesir apabila mengalami masalah paru-paru selepas dirawat selama 11 hari.

Pada 4 Jun lalu, Ummi adalah seorang daripada enam penuntut Malaysia di Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah, Mesir terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Borg El, Mesir untuk kembali ke tanah air.


Beliau mengalami pendarahan dalaman, Siti Shahirah Abdul Jalil (patah tangan dan rahang), Fatin Inani Mohd Noh (patah rahang) dan Siti Nurul Aisyah Zahari (patah tangan) manakala dua lagi, Najihah Najwa Zulkifli serta Nuraddina Khairunaha, cedera ringan.



Sumber dari : myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan