Seremban: Perasaan hiba
dan gembira jelas kelihatan di wajah jururawat wad kanak-kanak Hospital Tuanku
Jaafar (HTJ) yang mengiringi remaja kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah,
15, untuk dibawa keluar, semalam.
Sebaik remaja terbabit
menaiki van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri di lobi utama hospital,
rata-rata jururawat memeluk dan mencium serta merakam gambar terakhir
bersamanya.
Perasaan kasih terpancar
kerana merekalah yang menguruskan Muhammad Firdaus apabila dia dimasukkan ke
wad sejak 21 Jun lalu dalam keadaan tidak terurus dengan berat badan hanya 14
kilogram (kg), namun kini mencapai 22 kg. Ketua Jabatan Dietetik HJT
Dr Basmawati Baharom berkata, Firdaus kini lebih sihat dan suka makan.
“Muhammad Firdaus suka
makan apa saja tetapi dia tidak suka mengunyah, jadi kami memberinya makanan
lembut dan sayur-sayuran. “Walaupun Muhammad Firdaus
tidak boleh bercakap, dia mempunyai cara sendiri untuk memberitahu kami
sekiranya dia lapar dengan menyebut ‘meme’ berulang kali sehingga dia diberi
makan,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.
MUHAMMAD Firdaus dibawa pegawai JKM ke mahkamah untuk
mendapat perintah jagaan sementara.
dah berisi sikit dah adek firdaus ni skrg.... sekejab je..
BalasPadam