iklan

Mama...

Hari ni saya tak tau kenapa saya asyik teringatkan mama. Setiap detik dan saat wajah mama terbayang-bayang dalam fikiran saya. Saya teringat waktu saya melihat jenazah mama. Tak percaya yang mama telah meninggalkam kami. Rupa-rupanya dah genap sebulan mama pergi meninggalkan kami. Mama... Orang yang paling rapat dengan saya. Saya betul-betul merasai kehilangan seorang kawan baik dan ibu yang penyayang. Mama... mama akan sentiasa ada di hati saya. Tak pernah sekali pun saya lupa mama sebab saya sayang mama sangat-sangat. Setiap minggu pasti saya akan menziarahi pusara mama. Semoga mama berada di kalangan para Syuhadah dan ditempatkan di Jannah. Al-Fatihah untuk mama.



Mama
Engkaulah ibu engkaulah sahabat
Engkaulah pemberi nasihat, penyelesai masalah
tak pernah sekali pun engkau mengeluh
untuk membantu kami anak-anakmu

Mama
Pemergianmu amat dirasai
Tika kami masih mendambar kasihmu
Engkau pergi untuk selama-lamanya

Mama
Terasa sunyi hidup ini
Hari-hari yang dilalui tidak lengkap tanpamu disisi
Pemergianmu kami tangisi
Terasa kosong hidup ini

Mama
Engkau pergi tanpa ucapan selamat tinggal
Betapa peritnya hati ini terasa
Betapa sedihnya jiwa ini

Mama
Kenangan lalu bermain-main dimata
Ingin kupergi kemasa yang lalu
Untuk hidup bersama mama
Rasanya baru semalam kita bergelak ketawa
Bergurau senda

Mama
Semoga mama tenang di sana
Semoga kita akan berjumpa
Di Sana......

9 ulasan:

  1. Salam, mohon baiki link yang ada telah sertakan untuk menyertai Contest daripada kami secepatnya kerana "halaman yang kami cari dalam blog ini tidak wujud" -admin-

    BalasPadam
  2. Al-fatihah buat mama suzanne..

    banyakkan bersabar ye.:)

    BalasPadam
  3. Al fatihah.. harta yg paling berharga buat beliau adalah doa dpd anak2 yg soleh/ah.. tingkatkn amalan dlm bln ramadhan yg hanya berbaki beberapa hari je lg.. and jgn lupe sedekahkan pahalanya utk arwah mama suzanne..
    be strong :')

    BalasPadam
  4. sedihnyeee.. alfatihah utk arwah.. :(

    BalasPadam
  5. alfatihah. awk kuat dpt hadapi semua ni :')

    BalasPadam
  6. semoga roh arwah mama awk di cucuri rahmat dan ditempatkan dkalangan org yg beriman. aminnn. terima kasih sudi follow blog, blas knjungan :)

    BalasPadam
  7. bersabar lah ye...saye faham perasaan nya macam mane.. :'(

    BalasPadam