iklan

Terengganu

Cerita pasal gi Terengganu ni dah lama nak update. Tapi tertangguh-tangguh. Macam busy bebenor. Nilah kenangan berjalan-jalan dengan mama masa mama tengah sihat. Seronok sangat. Bilalah agaknya mama nak sihat macam dulu. 

 Kat Pantai Batu Burok. Jumpa pulak dengan Yazer ngan Hazama tengah buat penggambaran.

 

Mama, abah dan Naqib

Dekat Hotel mana entah. Tak ingat sudah

Majlis cukur jambul

Hari sabtu yang lepas (19.3.2011) berlangsungnya majlis aqiqah, cukur jambul dan berendoi anak-anak saudara aku. Alah... si Shafikah dengan Maisarah ler. Pagi-pagi lagi aku dah keluar dari Putrajaya ke Jln Ipoh. Yelah nak tolong-tolong apa yang patut. (Aku cuma tolong tengok jelah). Apa punya sengal lah aku ni sampai lupa nak amik gambar waktu gotong royong memasak dan segala jenis lauk yang ada. Tapi yang tak bestnya hujan lah pulak. Menu utamanya of courselah daging. Gulai kawah. Daging goreng kunyit, sup tulang, masak lemak ikan masin campur nenas, sayur taugeh campur tauhu, sambal tempe ikan bilis, ikan kering goreng, ulam-ulaman and buah-buahan. Kat bawah ni gambar-gambar-gambar bebudak tu.

majlis cukur jambul




majlis berendoi

Tak sihat

Hari ni merupakan hari paling tak larat dalam hidup aku. Kepala sakit. Rasa badan macam melayang-layang. Semalam masa dialisis kena tarik air sampai 4.6kg. Dekat 5kg. Mana ke tidak. Sampai aku nampak bintang ngan bulan lah semalam. Pas tu aku suruh stop tarikh air. Kalo tak hari ni aku dah masuk front page dalam semua akhbar. He...he...he... Hampir-hampir jer aku tak datang kerja. Itu pun pagi ni aku datang kerja lewat. Kalau lah ada ubat atau penawar untuk menyembuhkan penyakit buah pinggang ni kan bagus. Sesiapa yang tau penawar untuk sakit buah pinggang ni silalah bagi tau kat sini.

ANAK SAUDARA BARU

Sekarang ni malas sangat nak update blog. Maklumlah sibuk..... (Sibuklah sangat). Yang sebenarnya aku tak dak story nak bagitau. Cumanya kali ni aku nak tunjuk kat uols anak-anak saudara aku yang baru beberapa bulan dilahirkan. Yang sorang ni namanya Syafikah. Kuat melalak dan kuat melantak. Hii...hii...hii.... bagusnya bahasa yang aku pakai. Sorang lagi namanya Nur Qasrina Maisarah. Sarah ni montel sangat. Baik jer. Korang tengok sendirilah gambar-gambar bebudak tu ye.

NUR QASRINA MAISARAH




SYAFIKAH



KEHIDUPAN

Dah lama tak update blog. Tahun baru ni aku nak mulakan balik blog yang dah lama terhenti. Bukan apa, aku ni sejak dua menjak ni asyik teringatkan kisah waktu aku masih bersekolah. Waktu zaman kanak-kanak. Waktu tu hidup aku memang susah. Abah kerja askar. Mama pulak tak bekerja. Suri rumah jer. Waktu tu gaji askar jangan kiralah. Ciput bebenor. Tapi yang bestnya abah selalu bawa balik susu serbuk (dalam paket warna hijo) ngan oren serbuk+ gula (pun dalam paket kaler hijo). Dia amik kat maner pun aku tak tau. Tapi aku rasalah benda-benda tu orang bawa waktu nak masuk hutan. Sesiapa yang bapak dia pernah jadi askar mesti tau. Waktu tu mesti kita orang berebut ngan adik beradik aku. Pelahap bebenor. Maklumlah orang susahkan. (hehehehe). Pas tu kadang-kadang abah bawak balik kapur. (yang untuk tulis kat papan hitam). Habislah dinding ngan pintu rumah kami kerjakan. Maklumlah kat sekolah kita boleh tengok cikgu menulis kat papan hitam jer kan. Ha... kat rumah sendiri kita boleh jadi cikgu walaupun.... Kalau bab pakaian plak jangan haraplah nak rasa pakai baju yang dibeli kat kedai tu memang susahlah. Sebabnya mama akan jahit semua baju anak-anak dia. Tapi baju anak perempuan dia ajerlah. Baju skirt biru (pinafore) tu pun dia jahit gak. Kalau taim raya tu aku ngan along baju mesti sama. Cuma kaler jer yang lain sket. Kiranya kita orang ni macam kembar tak seiras gitu. Kelakar plak bila diingat balik. Walaupun hidup susah tapi seronok sangat. Yelah waktu zaman bebudak tu manalah tau rasa susah. Yang tau cuma seronok ajer. Tak pernah pun pikir kesusahan mama ngan abah. Bila dah dewasa ni barulah tau erti sebenar kehidupan. Walaupun sesusah mana pun mama ngan abah, walaupun mereka tak ada duit, walaupun mereka tak ada apa-apa untuk dimakan tapi demi anak-anak, mereka sanggup buat apa sahaja demi melihat senyuman atau kegembiraan pada wajah kami. Buat mama dan abah terima kasih untuk segala-galanya. Adik sayang mama dan abah. Mmmmmuahhhhhh.............

SASAU

Sejak kebelakangan ni aku suka sangat termenung. Termenung ke, berkhayal ke. Entahlah aku pun tak tau kenapa. Semalam boleh pulak aku sasau. Aku masuk tido dalam pukul 11pm. Pas tu pukul 12.40 tgh malam tu aku terjaga. Aku tengok kat sebelah suami aku tak masuk tido lagi. Tapi yang peliknya tak der pulak bunyi orang tengok tv. Aku pun apa lagi bangunlah nak pergi panggil suami masuk tido. Sampai kat ruang tamu aku tengok tv tutup. Suamiku pun tak ada dekat situ. Aku cari dekat balkoni pun tak der gak. Alahai mana lak perginyer orang tua ni. Pas tu aku jerit-jerit panggil suami aku. Tapi tak berjawab. Takkan pergi kedai kot. Tengok kat toilet pun takder gak. Hati dah panas dah ni. Apa lagi aku pun capai talipon terus call dia. Aku tanya dia ada kat mana. Pas tu dia kata kat kilang. (Tempat kerja dia lah). Apa hal lak laki aku suka sangat pergi kilang tu. Tengah-tengah malam pun nak pergi sana. Ada perempuan lain ke. (Aku cakap dalam hatilah). Suami aku tanya aku ni mengigau ker. Apa hal pulak laki aku cakap cam tu. Pas tu aku cuba ingat balik apa sebenarnya yang telah terjadi. La....... baru aku hengat. Memanglah suami aku tu pergi kerja. Shif malam. Aku yang lupa. Padahal waktu dia keluar pergi kerja pukul 6 petang tu aku siap salam dan cium pipi. Boleh pulak aku lupa. Agaknya mungkin itu tanda-tanda.... (korang pikirlah sendiri)

puasa

Malas betul nak update blog. Bukan apa, internet ni asik problem jer. Oklah hari ni aku nak cerita pasal puasa. Pejam celik pejam celik dah 29 hari kita dan aku berpuasa. Korang ada ke 29 hari? Citer sket. Kat Ofis aku ni pun dah ramai yang cuti. Besok jangan citer lah. lagilah tak ada orang. Yang tinggal berapa kerat jer. Boring sangat hari ni sebab ofis dah tak meriah. Aku lepas raya baru cuti. Duit raya pun aku tak tukar langsung sebab azam aku pada tahun ni tak nak membazir walaupun beli kuih raya sampai RM600.00+++. Amik kau. Harga baju raya aku pun tak sampai RM100 aku beli. Punyalah kedekut... Tapi bila tang kuih raya tak hengat. Padahal bukannya aku makan sangat pun biskut raya tu. Besok aku kerja sampai kol 11am jer kot. Sobab er nak pergi dialisis tengahari tu. Pas tu aku mungkin balik rumah mama. Patutnya tahun ni aku beraya kat Johor tapi merajuk punya pasal biarlah aku raya sorang-sorang tanpa suami tahun ni. Ada aku kisah....
Besok aku masukkan gambar koi-koi raya yang aku beli tau. Tungguuuuuuu