Dah lama aku tak dapat buka blog. Hari ni baru dapat online. Sebenarnya banyak benda aku nak citer. Tapi bila dah menaip tu aku tak tau nak tulis apa!!!! Buntu batu jemala kepala hotak aku ni. Oklah mula-mula sekali aku nak citer pasal kursus kat sabah ari tu. Aku kena lapor diri kat INTAN pada 9.11.209 tapi aku gi awal. 7hb lagi aku dah berangkat ke sana. Maklumlah excited lebih nak tengok negeri orang. Boleh gak sambil-sambil gi jalan-jalan kat sana. Aku gi sana ngan zarif . Sampai sana Hajar ambil kitaorang kat airport. Kami duduk kat umah Hajar 2 hari sebelum pi kat INTAN. Pas tu dia bawak kami pi jalan kat Hot Spring Tuaran, Tanjung Aru, Kundasang pas tu kat mana ntah aku pun tak ingat. Masa kat hot spring tu aku, zarif ngan hajar pi naik jambatan gantung. Macam nak tercabut nyawa kena memanjat lebih kurang 200 meter untuk sampai kat jambatan gantung tu. Lepas panjat titi gantung tu kami mandi kolam lah.
Dalam kapal terbang. Muka letih lepas buat dialisis.
Aku, Zarif, Hajar and Ani (housemate Hajar) kat hot spring, tuaran
 
Seronok gak dapat pi kursus Komunikasi Berkesan tu. Semua peserta kursus pun best-best. Tapi lepas ni aku tak mau pergi awal-awal lagi semata-mata nak pi berjalan. Mana taknya 2 kali aku tak wat rawatan. Huh.... tak tahan rasa badan. Apa-apa pun kursus tu memang bestlah....

 Q punya makanan. Berapa kali ganda ngan ayam aku.
 


aku. Terima kasih atas segala-galanya. Ketika aku sakit dan terlantar di hospital mamalah yang menjagaku di hospital dari pagi sehingga petang. Sedih hatiku bila melihat pengorbanan mama yang terlalu banyak buat diriku. Sepatutnya akulah yang harus menjaga dan merawat mama. Maafkan aku mama kerana tak mampu untuk berbuat demikian. Aku tidak bermaksud untuk menyusahkan mama. Mama sanggup menaiki teksi dari Kuala Lumpur ke Hospital Serdang demi menjenguk dan membawa makanan untuk aku di hospital. Sehinggakan jari-jari kaki mama habis melepuh luka. Mama tak boleh luka. Kencing manis mama tinggi. Tapi mama tetap tabah. Mama tak pernah merungut. Mama maafkan aku kerana terlalu banyak menyusahkan mama. Sekarang mama kerap sakit. Aku sering berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada mama. Aku tak mahu mama pergi dulu daripada aku. Biarlah tuhan mengambil nyawaku sebelum mama. Aku tidak mahu kehilangan satu-satunya orang dalam dunia yang paling aku sayang. Aku mahu melihat mama hidup senang dan sentiasa sihat. Mama aku terlalu menyayangimu......
 
 
 

