Bulan Ramadhan kembali lagi Cuma bezanya kali ni aku berpuasa tanpa mama disisi. Hidup mesti diteruskan. Tahun ni aku akan berpuasa di rumah abah sebabnya aku tak mau abah sedih. Jadi aku akan tinggal dengan abah selama sebulan dalam bulan puasa ni.
Perkara yang paling buat aku pening kapala bila aku terpikir nak masak apa untuk berbuka. Bukannya apa, selama aku kat rumah sendiri mana pernah masak. Sentiasa je beli kat kedai. Yelah .. kalau aku tak beli kat kedai kesianlah kat orang yang berniaga tu. Kurang sorang pelanggan. Kan kesian.
Lagi satu aku ni bab masak memasak memang tak pandai. Bukan je tak pandai, tapi alasan yang paling munasabah ialah aku ni malas nak masuk dapur. (Hiii... hii... hii...) Abah pulak tak suka makan lauk beli. Adoi..... tolonglah.
Kalau waktu sahur pulak aku malas nak bangun. Tapi kali ni terpaksalah aku bangun sahur. Takpelah kerana terpaksa aku relakan. Cewahhhh. Dah macam slot Akasia TV3 pukul 7 petang plak. Oklah apa-apa pun tengoklah macam mana nanti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan