iklan

Ifa Raziah selamat dibedah

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah, 38, selamat menjalani pembedahan bagi membuang ketulan di kedua-dua belah payudaranya di sebuah hospital swasta di sini, malam semalam.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkata, ketulan itu mula dikesan pada 2011 dan dalam tempoh itu dia hanya mendapatkan rawatan biasa di hospital.

“Sebelum ini apabila rasa sakit, saya makan ubat yang diberikan doktor. Kesakitan akibat ketulan itu amat terasa jika saya penat bekerja atau ‘stres’.
“Bagaimanapun, saya terpaksa terus bertahan kerana sibuk dengan aktiviti seni.

“Jika saya melakukan pembedahan, saya memerlukan rehat panjang. Bagaimanapun, saya sering mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor. Namun, kebelakangan ini kesakitan itu semakin kerap menyerang dan saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan pada Ramadan ini,” katanya ketika ditemui di wad hospital berkenaan, di sini, semalam.

Ifa dimasukkan ke hospital kira-kira jam 10 pagi kelmarin dan menjalani pembedahan selama lapan jam malam semalam.

IFA Raziah selepas menjalani pembedahan.

Sumber : hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan