Resipi ni saya ambil dari blog cdm. Kalau dah gambar pun nampak sedap, apa lagi kalau benda tu kat depan mata. So .... saya rasa macam nak try jer resipi ni. Kalau kawan-kawan nak cuba pun boleh.
Nasi Tomato
Bahan-bahan
1. 2 cawan beras (dibersihkan)
2. Butter sikit je dalam 2 sudu besar. Boleh juga guna minyak sapi.
3. Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, bunga pelaga)
4. Bawang besar 2 biji, bawang putih 2 biji, halia seinci (hiris nipis-nipis je)
5. Tomato puri (beli yang kecik je dalam 100g)
6. Susu sejat 200ml (depends lah nak guna boleh tak nak guna pun boleh)
7. Stock ayam @ kiub ayam dan sedikit garam.
Cara-Cara:
1. Cairkan butter. Tumis kan rempah tumis. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dan goreng sampai naik bau.
2. Kecikkan api, tuang tomato puri. Kacau lagi bagi mesraa....Biarkan mendidih kejap then masukkan beras. Kacau rata dalam 2 minit.
3. Masukkan susu sejat dan kiub ayam. Kemudian masukkan air 2 cawan. Tapi terpulang beras apa yang korang guna yea. Agak-agak lah yea.
4. Kemudian perasakan lah dengan garam. Kawal api dan biar beras sampai masak.
5. Dah masak angkat dan hiaslah sesuka hati korang. Nak letak bawang goreng pun boleh.
Ayam Masak merah
Bahan-bahan
1. Ayam 400g
2. Bawang merah 2 biji, bawang putih 3 biji, 1 inci halia (dikisar)
3. Cili kering 10 biji dikisar (masak dulu baru blender. Nak kurangkan pedas)
4. 1 batang serai
5. Garam
6. Gula
7. Minyak untuk mengoreng ayam dan bahan tumisan
Cara-Cara
1. Basuh ayam dan toskan
2. Gaulkan dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng ayam ¾ masak. Jangan sampai garing tau. Nanti kurang sedap.
3. Dah masak ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan yang dikisar. Kacau sehingga cili pecah minyak. Jangan sampai hangit tau. Nanti tak sedap. Kemudian masukkan serai.
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.
7. Kalau nak cantik boleh lah letak bawang yang dihiris bulat-bulat. Tapi tak letak pun tak pe.
8. Siap dan boleh dihidang.
Acar Timun
Bahan-bahan
1 biji timun
1 bji carrot
1 biji bawang besar (dihiris)
Garam
Gula
Sedikit cuka
3 biji cili padi (dipotong kecil)
Cara-cara
Potong timun dan carrot kecil-kecil memanjang. Nak potong bulat-bulat pun boleh.
Gaulkan bersama bawang, cuka, cili padi dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula.
Siap dan sedia dihidang.
Tadaaaa....
ini bukan nasi tomato yang saya buat tapi copy paste jer. Nanti bila saya dah buat saya post gambar tu ekkk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan