Hari ni (30.9.2009) adalah hari yang sangat menakutkan. Pagi-pagi lagi perutku dah memulas-mulas. Berapa jam aku dalam toilet rasa macam nak pengsan. Adoi... sakitnya tak terkata. Sudahnya aku masuk keje lambat. Tipon abang suruh balik. Aku dah tak tahan sakit. Ingatkan nak pi klinik jer. Tapi bila mengenangkan banyak keje kat opis tu pergi jugaklah akhirnya. Sapu minyak angin sebanyak2nya bagai nak terbakar perut aku. Sebelum pi opis sempat gak aku bawa kuih raya sikit. Bagi kengkawan rapat aku makan. Lin pun sempat gak promote barang-barang make up dia kat kita orang. Hm... Pandai sungguh dia menghabiskan duit kami.
Antara Lipstic, lip gloss, dan eye shadow yang aku beli kat lin

Q punya makanan. Berapa kali ganda ngan ayam aku.



aku. Terima kasih atas segala-galanya. Ketika aku sakit dan terlantar di hospital mamalah yang menjagaku di hospital dari pagi sehingga petang. Sedih hatiku bila melihat pengorbanan mama yang terlalu banyak buat diriku. Sepatutnya akulah yang harus menjaga dan merawat mama. Maafkan aku mama kerana tak mampu untuk berbuat demikian. Aku tidak bermaksud untuk menyusahkan mama. Mama sanggup menaiki teksi dari Kuala Lumpur ke Hospital Serdang demi menjenguk dan membawa makanan untuk aku di hospital. Sehinggakan jari-jari kaki mama habis melepuh luka. Mama tak boleh luka. Kencing manis mama tinggi. Tapi mama tetap tabah. Mama tak pernah merungut. Mama maafkan aku kerana terlalu banyak menyusahkan mama. Sekarang mama kerap sakit. Aku sering berdoa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada mama. Aku tak mahu mama pergi dulu daripada aku. Biarlah tuhan mengambil nyawaku sebelum mama. Aku tidak mahu kehilangan satu-satunya orang dalam dunia yang paling aku sayang. Aku mahu melihat mama hidup senang dan sentiasa sihat. Mama aku terlalu menyayangimu......


